Pages

Monday, October 26, 2009

Bila Diri di Hargai

Assalamualaikum semua...

Pepatah melayu "Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa". Alangkah bagusnya kalau setiap sumbangan yang kita beri biarpun sedikit dihargai. Bukan nak suruh dihebahkan supaya semua orang tahu akan kebaikan yg kita lakukan. Ucapan terima kasih sudah memadai. Susah sangatkah mulut untuk menuturkan kata "Terima Kasih" ?


Mungkin ada yang berfikir "alah... kawan tak berkira sangat". Ucapan terima kasih yg diucapkan itu memberi seribu makna kepada si pemberi kerana sumbangan mereka dihargai. bukan sekadar merasa sumbangan itu dihargai, tetapi turut merasakan diri juga dihargai walaupun hanya sedikit sahaja sumbangan yg diberikan.

*Sama-sama kita renungkan*

hargai apa yg ada disekeliling kita sebelum kita kehilangan semua yang ada disekeliling kita

0 comments:

Post a Comment