Pages

Saturday, August 21, 2010

Senyum Pisang 1

Sekadar untuk bacaan...

Beberapa tahun lepas Ramli berjumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu, bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya.


Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan menjadikan Ramlah sebagai mak mertua kepada bapak mertuanya.


Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki bernama Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli.

Tetapi, jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri ramli, Ramlah. Sekali gus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya.


Itu tak seberapa lagi...


Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga dan juga mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee.


Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli.


Sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

Muahahahaha........


Pening2....


Moral of the story,
jangan la kahwin macam dalam cite ni
tak keruan jadinya....



Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Ini

Assalamualaikum wbt...

Ramadhan datang lagi. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah kepada kita umat Islam.

Firman Allah swt;

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “

(Al-Baqarah: 183)


Ramadhan kali ini tidak lagi seperti 5 tahun yang sudah, kalau dahulu sahur dan berbuka bersama teman-teman seperjuangan, kali ini bersama keluarga tersayang.Terawih bersama di masjid UTP nan indah. Semua itu adalah kenangan yg indah bersama teman2 sekalian.

Tahun ini mungin rezeki kita untuk berpuasa, berbuka puasa, sembahyang terawih dan bersahur bersama keluarga tersayang. sudah sekian lama menyambut ramadhan di negeri org, sungguh indahnya menyambut ramadhan di negeri sendiri, kampung halaman sendiri. Semoga tahun ni dapat la puasa penuh di kampung bersama keluarga tersayang.

Kepada teman2 sekalian, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah kepada kita semua. InsyaAllah.



Rindu pula mase pose kat UTP
sahur same same...petang2 gi bazar
bukak pose same2, gi terawih sama sama
tak gi terawih pon same same...
Semoga kalian pose penuh dan terawih penuh tahun ni.