Pages

Saturday, February 27, 2010

M.A.S.A

M.A.S.A

Ada orang kate mase itu emas. Sebab masa itu amat berharga. Sekali masa berlalu, tak mungkin dapat dikembalikan masa yang berlalu tu. Tak kire la berapa bnyk teori pasal time travel yg di hasilkan oleh saintis2 di muka bumi ni, masa tetap tak akan dapat dimanipulasikan sama ada mahu ke masa depan atau ke masa lampau. Sebab itu kot masa disamakan dengan emas.

Tapi, manusia tidak pula melihat masa itu sebagai emas... tu yang peliknya!!! kalau la manusia ni melihat masa tu sebagai emas, tak de la diorang mensia siakan masa begitu sahaja...

Aku pon bukanlah orang yg pantas bercakap pasal pegurusan masa ni. Selalu juga masa dibiarkan berlalu tanpa pengisian yg berguna.

Jadi, marilah sama sama kita menfaatkan masa yg terluang dengan memperbanyakkan amalan kepada Allah dan memenuhi masa kita dengan perkara yg berfaedah. Cuma sebagai peringatan kepada saya dan kawan2 semua.



pepatah arab ada berkata:

الوقت كالسيف ان لم تقطعه قطعك

Masa itu ibarat pedang. Sekiranya kamu tidak memotongnya, ia akan memotong kamu.


*Jom study...


Friday, February 26, 2010

Salam Maulidur Rasul 1431H

Assalamualaikum...

"sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat adalah orang yang paling banyak berselawat kepadaku"
Al-Nasai & Ibnu Hibban

SALAM MAULIDUR RASUL UNTUK SEMUA UMAT ISLAM.



Walaupun tak pernah melihat wajahmu, sesunggunya kami merinduimu Ya Rasulullah...

Thursday, February 18, 2010

Antara Ibu dan pasangan kita..

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Sekian lama tidak mengupdate blog ini. Malas pon ade, tak cukup mase pon ade. Baru baru ni ade hamba Allah yg mengforwardkan satu email yg saya fikir agak berbaloi untuk dikongsi bersama. Mungkin anda semua pernah baca penulisan ini. Cuma utk berkongsi sahaja. Tidak salah bukan. Antara Ibu dan Pasangan Kita... Sama2 kita renungkan....


Bila seronok, aku cari....pasanganku
-Bila sedih, aku cari....Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat pasanganku
-Selalu.... Mak ingat kat aku
-Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
-Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya........

-Tapi kalau Mak sudah tiada..........
-MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
-berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka
kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......

Kalau benar lah begitu tingkah laku kita terhadap ibu kita, Mintalah ampun dengan ibu kita sesungguhnya siapalah kita tanpa Ibu...

*Saya Sayang Mak Saya!!!


Sunday, February 7, 2010

Genting Highland Kota Keriangan

Salam...

"Hari yg cukup seronok dan bermakna" ungkapan yg paling sesuai untuk hari semalam 06-02-10. Hampir seharian di puncak Genting Highland adalah satu kenangan yg tak dapat dilupakan. Disamping kepuasan bermain permainan ekstrem, masa yg dihabiskan bersama sahabat2 itu lah yg menjadi kepuasan yg sebenar.

Bertolak dari kampus seawal jam 5 pagi dikala mata masih lagi mengantuk satu komitmen yg cukup tggi utk ke puncak genting. Berhenti rehat di RnR Tapah utk Solat subuh dan breakfast kemudian perjalanan diteruskan dan sampai di genting skyway pada jam 9 pagi. Jam 9.20 pagi sampai la kami di puncak keriangan. Then, segala galanya bermula dari permainan spaceshot sampai la keretapi ulat bulu yg amat mendebarkan!!

Terima Kasih kepada kawan2 yg menjayakan Trip ke Genting kali ini. Kenangan di genting tak akan dilupakan... Kredit harus diberikan kepada Mr. Nor Azlan yg merangkap Project Manager dan bendahari dan juga merangkap projek planner. semuanya kerana Mr. Azlan.

*Kemana destinasi kita selepas ni ek??