Pages

Thursday, October 28, 2010

Convocation

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera semua...


Lama tak mengupdate blog ini. Maklomla kat umah mane ade internet. Kali ni nak cite pasal konvo. My Convocation. Akhirnya setelah 5 tahun di UTP, 1 tahun foundation dan 4 tahun Undegraduate, maka pada 17-10-10 terciptalah satu sejarah bagi diri aku dan kawan2 di UTP. Majlis Konvokesyen UTP yg ke 10 telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada

  • My parents yg banyak memberi nasehat dan dorongan untuk melihat anak lelakinya berjaya.
  • Kawan2 di UTP sejak dari foundation sampai la abis degree dan kawan2 yg lain
  • My sponsor (PETRONAS) yg telah bagi duit utk belajar. (pasni sila panggil saya masok kerja pulak eh)
  • My Lecturers yg dari foundation sampai final sem undergrad
  • My FYP supervisor AP Dr. Patthi Hussain and his sidekick, Pak Hudiyo yg bnyk tolong untuk siapkan FYP.
  • Dan kepada UTP yg telah menyediakan kemudahan kelas pertama untuk aku belajar.
  • Dan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak.
Terima kasih bnyk2 diucapkan. Jasa kalian semua tidak akan dilupakan.

Dengan ini, aku bukan lagi bergelar pelajar, dan status sekarang adalah fresh graduate dan masih lagi jobless. hehehe... InsyaAllah ada rezeki la lps ni.

Terima kasih kepada my family (My Parents, Kak Ila & Family, Pok Su & family, Granpa & Grandma) yg ramai2 datang semata mata nak memeriahkan my convocation.

Kepada kawan2, aku ucapkan selamat berkerjaya dan harap persahabatan terus kekal untuk selama lamanya.


My Parents



Family yg datang



Me on the stage


The gangs


Gangs with Tn. Hj Mohamed Noor Rosli yg baek


Me & Tn. Hj. Mohamed Noor Rosli yg baek hati




mungkin konvo kali ini adalah
kali terakhir aku menjejakkan kaki di UTP.
Sesungguhnya 5 tahun di UTP adalah amat menggembirakan
disamping teman2 dan sahabat2 sekalian
Semoga berjaya untuk semua


Monday, September 20, 2010

Bersyukur...

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua...


Rakyat Malaysia baru je menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 53 pada 31 Og0s yg lepas. Kemudian umat Islam pula menyambut 1 Syawal pada 10/09 lepas. Kemudian di ikuti sambutan hari Malaysia Pada 16/09.

Kita beruntung menjadi Rakyat Malaysia... Tak gitu kawan2. Beruntung?? pandai2 la pikir sendiri. Kita patut bersyukur dengan nikmat keamanan dan kehidupan yg telah diberi oleh maha pencipta dan jangan sesekali kita melupakan Nya.


Ni ade nukilan sekadar untuk renungan bersama...


Wahai sahabatku, seandainya dirimu masih mampu tinggal di rumah yang baik dan selamat, memiliki makanan yang cukup dan dapat membaca dan menulis, anda termasuk kelompok yang terpilih.

Andainya sahabatku bangun pagi ini dan merasa sihat walafiat, itu petanda anda lebih beruntung dari jutaan orang yang mungkin ajalnya tiba pada setiap detik, jam, hari, minggu dan bulan.

Jika sahabatku tidak pernah merasakan detik cemas bahaya perang, letupan bom, kesepian di penjara, kesakitan akibat di seksa atau kebuluran, ketahuilah anda berada beberapa langkah di hadapan lebih maju berbanding berjuat-juta orang di dunia yang hidup merana akibat jenayah perang dan persengketaan.

Seandainya sahabatku memiliki makanan di dalam peti sejuk, baju-baju digantung di dalam almari pakaian dan memiliki atap yang memayungi tempat berethat, anda dikira lebih kaya dari berjuta-juta penduduk planet bumi ini yang tidak berumah, merempat, bergelandangan dan orang pelarian.

Sahabatku, jika anda memiliki wang simpanan di bank, dalam dompet dan mampu menikmati pelbagai hidangan menu kegemarandi restoran, anda termasuk dalam golongan manusia kaya di dunia. Sebab, ramai lagi manusia yang kelaparan, kebuluruan, meminta-minta makanan dari orang lain.

Sahabatku, jika orang tua anda masih hidup, dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga, maka anda termasuk insan luar biasa kerana ramai lagi keluarga yang bercerai-berai, pasangan ditinggalkan, isteri dan anak menjadi mangsa penderaan dan anak-anak yatim piatu.

Sahabatku, jika anda masih lagi mampu mengangkat kepala dan melemparkan senyumandi bibir, ketahuilah bahawa anda manusia yang paling bertuah di muka bumi ini keranan merasai kegembiraan dan kebahagiaan hidup sejati. Sebahagian besar orang lain di luar sana ramai yang hidup berduka nestapa.

Aduhai sabahatku, jika anda terbaca pesanan ini, ketahuilah bahawa anda insane paling berntung jika dibandingkan jutaan manusia yang masih buta huruf dan tidak tahu membaca dan menulis.

Sahabatku, nikmati hari-hari yang indah ini di bawah sinaan matahari atau malam dilimpahi cahaya sang remblansambil menghitung dan bersyukur kepada Allahdi atas segala kurniaan dan nikmat-Nya sejak kita dilahirkan ibu sehingga menginjak usia dewasa.


Friday, September 3, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Assalamualaikum wbt...

Sedar tak sedar, Ramadhan hampir meniinggalkan kita. Mungkin esok atau lusa umat Syawal akan menjelma. Sekejap sunggh dirasakan bulan Ramadhan kali ini. Semoga kita semua berpeluang bertemu dengan bulan ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah.


Kali ini, Ramadhan disambut sepenuhnya bersama keluarga tersayang. Berbanding 7 tahun yg sudah disambut bersama teman2. Tapi, matlamat ramadhan tetap sama, mendidik jiwa agak bersabar dan mengerti erti sebenar bersyukur.


Dengan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Maklumlah, manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.


Salam Aidilfitri buat semua. Semoga berbahagia disamping keluarga tersayang.

Saturday, August 21, 2010

Senyum Pisang 1

Sekadar untuk bacaan...

Beberapa tahun lepas Ramli berjumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu, bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya.


Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan menjadikan Ramlah sebagai mak mertua kepada bapak mertuanya.


Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki bernama Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli.

Tetapi, jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri ramli, Ramlah. Sekali gus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya.


Itu tak seberapa lagi...


Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga dan juga mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee.


Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli.


Sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

Muahahahaha........


Pening2....


Moral of the story,
jangan la kahwin macam dalam cite ni
tak keruan jadinya....



Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Ini

Assalamualaikum wbt...

Ramadhan datang lagi. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah kepada kita umat Islam.

Firman Allah swt;

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “

(Al-Baqarah: 183)


Ramadhan kali ini tidak lagi seperti 5 tahun yang sudah, kalau dahulu sahur dan berbuka bersama teman-teman seperjuangan, kali ini bersama keluarga tersayang.Terawih bersama di masjid UTP nan indah. Semua itu adalah kenangan yg indah bersama teman2 sekalian.

Tahun ini mungin rezeki kita untuk berpuasa, berbuka puasa, sembahyang terawih dan bersahur bersama keluarga tersayang. sudah sekian lama menyambut ramadhan di negeri org, sungguh indahnya menyambut ramadhan di negeri sendiri, kampung halaman sendiri. Semoga tahun ni dapat la puasa penuh di kampung bersama keluarga tersayang.

Kepada teman2 sekalian, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah kepada kita semua. InsyaAllah.



Rindu pula mase pose kat UTP
sahur same same...petang2 gi bazar
bukak pose same2, gi terawih sama sama
tak gi terawih pon same same...
Semoga kalian pose penuh dan terawih penuh tahun ni.





Saturday, July 17, 2010

Graduated

Salam...

Akhirnya setelah 5 tahun di UTP ( 1 year foundation + 4 years Degree) dengan ini aku dah officially graduated. Semalam result last semester sudah keluar. Alhamdulillah... Berjaya juga grad.

Tahniah kepada semua kawan2.

Thursday, July 1, 2010

23

Salam...


Pejam celik pejam celik dah 23 tahun aku hidup di dunia ni...
Semalam 30 June cukup la umur ku 23 tahun
Semoga dengan meningkatnya umur,
maka bertambah la amal sebagai bekal utk kesana.
InsyaAllah.

Kepada kawan2, terima kasih atas ucapan hari lahir
melalui FB, SMS n Gtalk.
Terima kasih bnyk... really aprreciate it.

Aku ucapkan semoga korang semua sentiasa success
in whatever u do.
may Allah bless U all.


Deepest gratitude from bottom of my heart!!!



Thursday, June 10, 2010

I'm Home..

Assalamualaikum...


Setelah hampir 6 jam perjalanan menuju ke destinasi iaitu rumah aku ler... tepat jam 6.30 petang, 09-06-2010 sampai la kat rumah. Home sweet home... Tapi perasaan sayu dan sedih di kala terpaksa meniggalkan kawan2 dan terpaksa berpisah. masing2 akan memilih jalan hidup sendiri.


Walau apa pon, kehidupan terpaksa diteruskan tanpa rakan2 seperjuangan disisi. Kepada member2 sekalian, kalau yang dah dapat kerja tu pandai2 la bagitau aku ye. jangan lupe pulak belnja makan sape2 yg dekat kelantan ni.


Tapi hari ni dah start mula teringat dan rindu kat rakan2. huhu... ni pengakuan ni. memang dah start rindu. rutin harian mulai hari ini akan berubah sepenuhnya. Kalau bgn pagi biasenye terus bukak facebook, bukak page Berita Harian, Utusan Melayu and so on. tapi skrg tidak lagi. Internet tiada di rumah. so kena sesuaikan diri dengan perubahan yg ketara ini.


Walau apa pon, selamat berjuang untuk rakan2 sekalian.


Salam...



Tuesday, June 8, 2010

Bye Bye UTP...

Assalamualaikum


Disaat ketika penulisan ini sedang berlaku, cuaca agak mendung. Seolah-olah mengerti bahawa kami akan meninggalkan bumi UTP esok hari. Jika diimbas kembali cuaca UTP seminggu yg lepas, cuaca agak mendung seolah olah mengerti bahawa kami akan pergi meniggalkan bumi Tronoh ini.


hari ini boleh dikatakan aku sudah menjadi ex-student UTP sebab clearance dah siap dan kad matrix pon sudah di hantar. Hardbound FYP report pon sudah dihantar. Perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah di UTP sudah berakhir. Tapi pagi tadi agak terkilan juga sebab lupa bawa kamera mase nak hantar hardbound report FYP kat SV. kalau tak boleh ambik gambar bersama Supervisor tersayang. untuk dijadikan kenangan.


Kalau nak hitung kenangan du UTP ni memang banyak la. Tak larat nak cerita satu persatu. Tapi ape yang penting, setiap kenangan dan pengalaman itu menjadikan kita semakin bijak membuat keputusan. yang pasti kenangan manis dan tak berapa manis sepanjang 5 tahun di UTP pasti akan tersemat di hati ini.


Petang tadi sempat pergi pejabat Tuan Haji Mohamed Noor Rosli, Director Student Service. Tuan Haji ni lecturer PCS sem lepas. Sempat la die bagi advice sikit2 pasal life after study. Nak kongsi la ape yg die bagitau tadi. Tn. Hj. pesan, jangan memilih kerja sangat, kalau dapat offer yg sesuai untuk kite, just accept it. Don't be so choosy. Ape yg penting tambahkan pengalaman terlebih dahulu. proud to be one of his student. Akhirnya... setelah 5 tahun di UTP, berjaya juga naik ke tingkat paling atas IRC.
hahaha...
Di pejabat Tn. Hj. Mohamed Noor Rosli


Adeih... Tn. Hj. pejam mata la pulak...


Kepada semua sahabat2 di UTP, semoga ketemu lagi di lain waktu. Jika ada salah silap sepanjang 4 atau 5 tahun perkenalan, harap dimaafkan. Maklomla, aku ni pon manusia biasa yg buat salah jg. Aku dah maafkan korang semua. Kalau ade hutang ke ape ke, harap halal eh. Semoga berjaya di masa hadapan, Dunia dan Akhirat.



sedih sebenarya tulis post ni, nak nangis je...
pasni bile lagi boleh jumpa krang semua.
aku doakan korang sentiasa berjaya
dalam ape bidang pon.

Luv U all my friends...





Saturday, June 5, 2010

Photoshoot...




3rd post for today...

maybe lepas ni bile dah balik susah sikit nak update blog. ye la kat rumah internet xde. jakun je bunyi kat rumah xde internet. huhuhu....Anyway some pic during photoshoot on thursday 3rd june 2010.

Some memeories before leaving UTP... soon...


sahabat


gambar edited by nazim aka pulut





SI

2nd Post for today...

Kepada shabat2 yg bakal menghadapai Structured Interview by PETRONAS for today, tomorrow and the day after tomorrow, wishing you all the best, do the best. One step closer to get hired. It is up to you how you sell yourself to the panel interview.

My SI will be conducted tomorrow at 9.30 am, second candidate. Hope i give all out for my SI. InsyAllah if it is your rezeki, it won't be anywhere, but just try your best ok. I'll try my best too...
gud luck my prenss...


Photo from mr. google...



5 years part II

Salam...

Nak abeskan post yg terdahulu. 5 tahn di UTP rase sangat sekejap. biar la untuk menghabiskan pemburuan ijazah ni di penuhi cabaran yg amat menduga keimanan. Tapi dengan adanya sahabat2 di sekeliling yang sentiasa saling membantu membuatkan segala cabaran terasa amat mudah walaupun realitinya agak sukar. Itu la guna nya kawan kan.


Tapi 5 tahun tu memang lama... ayat mase foundation "5 tahun aku kat UTP ni... lamaaaa tu itu pon belom tentu complete dapat ijazah". Then ayat final SEM "Tup tap tup tap dah 5 tahun aku kat UTP eh, kejap je rase" . begitulah senario kehidupan di UTP. tapi semuanya bakal sampai ke penghujungnya.


Mula menjejakkan kaki di UTP pada bulan July 05 hanya berteman kan kawan2 dari MRSM terdahulu... Zulkifli, Fariz Adnan, Syed Faiq... dan teman2 yg sudah berada di UTP intake Jan 05. Tapi sekarang... setelah 5 tahun di UTP begitu ramai sahabat dapat terjalin ikatan dan harapan semooga ikatan ini akan terus kekal.


Tapi begitulah resam kehiduan manusia yg tak kekal. Setiap yg bernyawa pasti akan mati, alam ini pon ade permulaan dan pengakhiran dan setiap permulaan ada perpisahan. tapi perpisahan itu lah membuatkan kita lebih mengenal erti nikmatnya persahabata dan ikatan.


Begitu banyak kenangan yg kita cipta bersama... semoga kenangan itu sentiasa tersemat dalam ingatan sahabat2 sekalian. Semoga Allah melindungi sahabat2 sekalian dan selamat berjaya di masa hadapan.


X boleh nak fokus la menulis kali ni... agak emotional. rasenya dah cukup kot post kali ni. dah ramai member2 yg dah balik ke kampung halaman. sesiapa yg nak balik tu tu, pandu cermat ye. insyaAllah selamat sampai.


Aku nak minta maaf dgn korang semua kalau ade salah dan silap sepanjang 5 tahun kita berteman. maklom la aku ni insan biasa macam kamu semua jg. kalau ade hutang ke ape ke yg belom aku bayar, bgtau aku ye...


Wassalam...


Thursday, June 3, 2010

5 Years...

Assalamualaikum...

5 Tahun... satu tempoh masa yg agak lama. kalau nak di analogikan, bayi yg baru lahir sudah mampu berjalan dan berkata kata dalam tempoh 5 tahun. Begini la hidup aku dan sahabat2 di UTP. 5 tahun berjuang untuk mendapat segulung ijazah. sepanjang 5 tahun sudah memadai untuk mematangkan diri ini. tapi sudah cukup matang kah diri ini untuk meghadapi alam yg lebih mencabar yang bakal mendatang.

Berbagai kisah suka duka, pahit manis dilalui bersama teman2 sepanjang perjuangan di UTP. Kalau nak dicerita semua suka duka tak tertulis. tapi begitulah hakikat hidup ini. setiap yg ade permulaan pasti ade pengakhiran.

Sedih la pulak nak menulis. setakat ni je la.... kalau ade rase nak update... nanti aku uppdate balik la.


Sunday, May 30, 2010

Final of the Final

Esk paper last final examination

MAB 4633: Facilities Engineering, Transportation and Storage.
2.30Pm - 5.30pm
Main Hall

All the best utk semua.

Final of the Final dah.

Pasni xde final exam dah.

Gud Luck semua~~


Wednesday, May 26, 2010

Award

Salam..

semalam separuh hari berada di ipoh bersama kawan2 menghabiskan masa bersama sama bergembira. Mungkin ini adalah outing kami yang terakhir sebelum meninggalkan bumi UTP ini. sedih la pulak bunyi nya. Next paper final exam adalah last paper for the whole 5 years in UTP paper facilities engineering transportation and storage pada 31May ni. tak sabar dah nak abeskan final.

Ape kaitan tajuk award kali ni ngan semua benda aku merepek ni? Semalam balik dari Ipoh dalam pukul 2.30 pagi. bukak email tgk ade email dari Blog Lakaran Kehidupan. Email tu macam ni la bunyi nya...

"Salam, Nah blogger award utk korang -> SolidRock Friend! Klik pada link kalau nak attach award badge pada blog korang... ".

Dapat award plak dari saudara Nashriq... Terima kasih ler sudi bagi award SolidRock Friend kat Blog aku nih. Walaupon blog aku ni x sampai setahun pon lagi dah dapat award. Nampak tak gambar THE THING kat tepi sebelah kanan blog tu. itu la Award yg Blog Path of My Life dapat.

Terima kasih Nashriq...


Wednesday, May 19, 2010

Final Examination

Assalamualaikum, selamat sejahtera.

Final examination untuk semester Jan 10 sudah bermula. First paper dah start 18 May dengan paper Engineers In Society menjadi perasmi untk kali ini. Semester last ni ade 4 paper je.

  • Engineers in Society - 18hb (dah lepas)
  • Operations Management - 22hb
  • Drilling and production Technology-24hb
  • Facilities Engineering, Transportation & Storage - 31hb.
Tapi yg tak bestnye, 23hb ade presentation FYP. So, kena struggle la banyak. nak siapkan slide lagi, nak btolkan report fyp lagi, nak study OM ngan Drilling lagi. huhu

Anyway, Wishing all my friends in UTP all the best and strive for excellent. Ni dah yg last da. Buat yang terbaik. lepas ni tak de dah final exam.




Itu yg sempat buat mase ni
aku nak sambung study
study... study... study..
studyz... studzzzz
zzzzz


dah jangan nak ngarut.
study...

Good Luck Untuk Semua.


Sunday, May 9, 2010

Khas buat: Insan yang bergelar Mak, Ibu, Ma, Mek, Mom, Umi, Mok, Mama

Walau apa pun jua gelaran...
Kamu adalah orang yg melahirkan kami...

Ibu.
mungkin tiada aku,
jika tiada kamu,
tidak mengerti apa itu dunia,
atau mengerti apa itu realiti.

sehingga saat ini aku perlukan kasihmu,
susah senang ku perlukanmu,
aku terbayang wajahmu,
rindu padamu.

jujur dariku,
aku amat sayang kamu,
ku harap kau terus bersamaku,
aku tenang bila kau disisiku.

oh angin sampaikan rinduku,
padamu kasihku,
harap lamunanku terhenti,
yang rindu padamu,

jangan biarkan aku kehilangan,
kehilangan dirimu,
ku pendamkan segala memori angan,
untuk ku abadikan kau dalam hidupku,
selamanya.....


Buat emak tersayang, ROSIAH BT ISMAIL
Terima kasih atas segala-galanya

Oblong...

Salam alaik...

"Rugi nye tak beli oblong tadi balik makan malam tadi... Kesian perut aku. tak mendapat makanan yg cukup." Gile ke ape aku ni?? baru lepas makan lapar lagi? Ape kes?

begini ceritanya...

4 org kawan, aku salah sorang la. 3 org dah blom makan nasik pon lg hari ni. sorang tu dah makan. kalau tak makan pon kire dah makan la... So, kitorang pegi la cari kedai nak makan. Hajatnya nak pegi Sabilah Seafood. Apekan daya orang sudah ramai kat kedai Sabilah... Pusing punya pusing sekitar seri iskandar, jumpe la satu kedai ni nama xleh bagitau la. Nanti kena saman.

So, aku order la Nasi goreng kampung. yg lain order tomyam... udah la lambat nak siap!!! adeih... kalau lambat tapi sedap boleh tahan lagi. Dah la lambat, kurang sedap pulak tu. nasi goreng tawar, better aku order nasi kosong je tadi. Naseb baik jus buah die sedap.

mase makan tu ade la terpikir nak beli oblong kat taman maju on the way balik bilik. tapi pikir punya pikir tak payah la. Sampai bilik rase nyesal plak tak beli... Then aku buat la status *Oblong* kat FB aku... tetiba ramai la yg komen... komen2 plak buat aku rase bertambah nyesal tak beli oblong tadi...


sape yg x kenal oblong... lebih kurang gini la (ala2 prosperity brger gitu)
Gambar: dari Google



Nyesal sgt2 tak beli oblong
mimpi makan oblong
best gak...
hahaha


Friday, May 7, 2010

Last Lecture Ever... Last Assignment Ever

07-05-10...
10.00am to 11.00 am
Facilities Engineering Transportation & Storage Lecture
Drilling and Production Technology Assignment

Last Class ever in UTP after 5 years struggling went to class every morning.
Gonna miss the time woke up early for the class.
No more formal lectures, no more assignments, no more quizzes, no more tests...

the things that left are final examination and FYP presentation. Then its all over.

What is the most important thing... no more scholarship!!! Your scholarship contract will be over on 30-06-10. Who will gives me RM500 every month after this?

Who ever wonder, the journey we have been through for the last 5 years will come to the end.



Wassalam...

Monday, April 26, 2010

Meche Class of 2010 Moment

Assalamualaikum...

Lama nye tak update blog. Walaupon tak de orang bace blog ni. tapi tak kisah la. Semakin hari semakin sibuk. maksudnya penghujugnya makin tiba la tu. sedar tak sedar tggl lebih kurang 1 bulan je lagi utk menghabiskan masa masa terakhir di UTP terchenta ni. Rasenye baru je masok tahun 2005. tup tup dah masok tahun 2010 dah.

Masa macam ni semua orang cuba untuk menghabiskan masa masa terkahir di UTP dengan melakkan perkara2 yang boleh dibuat kenangan manis untuk dikenang dan maybe untuk diceritakan kepada anak cucu di kemudian hari. Sudah lumrah alam, ade permulaan, ade pengakhiran. alam yg kita semua menumpang hidup ni pon ade permulaan dan pengakhirannya. Setiap pertemuan ade perpisahanya. Tapi yg memisahkan kita itulah yang membuatkan kita lebih mengenal erti pentingnya menjalinkan silaturrahim sesama manusia. Tapi jgn pula dilupakan silaturrahim kepada yang Maha Pencipta kita.

Inisiatif yang diambil oleh beberapa orang student Meche Class of 2010 utk merealisasikan aktiviti riadah "MECHE OUTING 2010" di teluk batik adalah suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Setiap orang Unite untuk menjadikan MECHE OUTING 2010 ni satu aktiviti yg berjaya.

Saat bergembira dan menghabiskan mase beriadah bersama rakan2 adalah suatu pengalaman yg amat bernilai. Bayangkan dalam masa 4 atau 5 tahun, almost semua member Meche Class of 2010 baru dapat berkumpul bersama sama. Betul la kata orang, Final year bukan sahaja untuk fokus kepada pelajaran, tapi fokus juga diberikan untuk menghabiskan masa bersama rakan2 terchenta. Masing2 mengetahui bahawa lps grad, masing2 ade tanggungjawab masing2 dan tak mungkin untuk berkumpul seramai mungkin macam MECHE OUTING.

Aku, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Committee MECHE OUTING 2010 yang diketuai oleh Fatimah Radzai aka Ema. Tanpa korang event ni tak akan berjaya. Dan tahniah kepada semua MECHEians class of 2010. Korang adalah classmate terbaek la. Sporting abes. Lps grad dan semua dah dapat keje, pasti teringat balik mase2 indah di UTP.

Keep the Silaturrahim on everybody!!!

before depart to teluk batik




Faces of joy


Tahniah untuk semua!!!

Monday, April 12, 2010

Anak Buah Baru

Assalamualaikum...

Hari ni tak dapat pergi kelas sebab demam + pening kepala. Mungkin disebabkan kerja yg bertimbun timbun. Maklum la... Aku ni biase tidur awal. tetiba plak kena berjaga siapkan kerja yg bertimbun timbun. Sebab tu kot demam.

Pagi ni Kakak aku MMS gambar anak nya yg ke 2 (anak buah aku ler) yg baru lahir 3 mggu lepas mase cuti midsem. Sempat jg la aku tgk anak sedara aku depan mata. Comel... Sempat juga meriba anak sedara aku yg kecil molek tu. Rase macam nak anak sendiri je. Hehehe...


My New Nephew

Bangun pagi ni bukak website Berita Harian. Sungguh pilu membaca artikel pasal kes buang bayi. Bayi kecil yg tak berdosa menjadi mangsa nafsu serakah manusia. Astaghfirullah... Mereka ini sesungguhnya tidak layak untuk bergelar manusia.


Wallahua'lam


Tuesday, April 6, 2010

Kalaulah...

Assalamualaikum...


Just a thing for us to ponder.


Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?


Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??


Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri. Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan..


Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!

Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!


Wallahualam...


Thursday, April 1, 2010

Say No To April Fool

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

APRIL FOOL'S

Masih terdapat umat Islam diluar sana masih terikut dengan budaya April Fool's. Ada diantaranya bukanlah niat mereka untuk mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan nilai Islam, cumanya sudah terbiasa dengan persekitaran yang dicengkam ideologi menerima apa sahaja budaya luar tanpa menapis dahulu dengan melihat apakah pandangan Islam tentangnya. Ya, tidak semua dari luar itu jahat namun tidak semuanya baik juga. Maka timbanglah baik dan buruk itu dengan neraca wahyu.

April Fools’ secara amnya adalah hari dimana perbuatan memperolok-olok sesiapa sahaja menjadi teras sambutannya. Masih saya ingat sewaktu di sekolah dahulu, sepanjang hari terpaksa berhati-hati kerana pastinya ada sahaja penipuan akan dilakukan dan boleh jadi dari sesiapa sahaja.

Sekiranya terperangkap mempercayai penipuan tersebut maka ejekan April Fools’ akan diberi kepada mangsa. Dalam erti kata lain April Fools’ boleh disebut sebagai ‘hari menipu’. Mungkin ada yang berkata perbuatan memperolok-olok itu hanya sekadar gurauan. Tetapi apakah gurauan itu dibenarkan dalam Islam?

Terdapat pelbagai sejarah mengenai sambutan ‘hari penipuan’ atau April Fools’ ini. Yang menarik dewasa ini terdapat banyak sebaran mengatakan ianya adalah bersempena penghapusan dan penipuan keatas umat Islam di Spanyol suatu masa dahulu dan sebagainya.


ISLAM MENOLAK BUDAYA MENIPU/BERDUSTA

Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. [at-Taubah 9:119]



Berkata Ibn Katsir di dalam tafsirnya tentang ayat diatas:


أي اصدقوا والزموا الصدق تكونوا من أهله وتنجوا من المهالك, ويجعل لكم فرجاً من أموركم ومخرجاً

Ia bermaksud: sentiasalah berlaku jujur dan komitd pada kejujuran agar kamu berada dikalangan orang-orang (yang jujur) dan terselamat dari malapetaka . Dan ini akan mengeluarkan kamu daripada masalah. [Tafsir al-Quran al-Adzim, 2/424]


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ومن غشنا فليس منا

Sesiapa yang menipu bukanlah ia dari kalangan kami. [ Sahih Muslim – no:101]


Dalam hadis lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


إن الصدق يهدي إلى البر. وإن البر يهدي إلى الجنة. وإن الرجل ليصدق حتى يكتب صديقا. وإن الكذب يهدي إلى الفجور. وإن الفجور يهدي إلى النار. وإن الرجل ليكذب حتى يكتب كذابا

Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin kepada kebaikan, dan kebaikan itu memimpin ke syurga, dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur dan benar). Dan dusta memimpin kepada kecurangan, dan curang itu memimpin ke dalam neraka. Dan seseorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta. [Sahih al-Bukhari – no:5743]


Baigamana pula sekiranya ianya sekadar untuk bergurau, hanya bertujuan menggembirakan hati orang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ليضحك به القوم ويل له ويل له

Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia. [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]


Islam tidak menghalang untuk umatnya bergurau dan menggembirakan hati orang lain, namun perlu menjaga batas-batas tertentu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah bergurau dan berjenaka tetapi tidaklah sehingga menipu semata-mata untuk bergembira.

Islam mengkehendaki umatnya sedaya upaya menjauhi sifat suka menipu dan berkata dusta. Maka tentu sekali mendedikasikan suatu hari semata-mata untuk meraikan amalan menipu atau membudayakan penipuan adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam.


Di dunia ini, setiap manusia yang sihat akalnya pasti akan lebih menyukai kejujuran daripada perbuatan menipu. Islam merupakan agama yang meraikan fitrah yang baik. Jom kembali kepada Islam.

Wallahu'alam.


Wednesday, March 31, 2010

Pangkor Island Trip

Kali ni, Selepas trip ke Kuala Kangsar-Taiping, Pulau Pangkor menjadi pilihan hati untuk melancong. Walaupun pernah ke pulau pangkor 2 tahun lalu, tidak menjadi massalah buat kami untuk melancong buat kali ke 2 di Pulau Pangkor.Lokasi kali ni masih tempat yang sama 2 tahun dahulu iaitu di Teluk Nipah.
Tujuan utama melancong ke pangkor kali ni adalah untuk merehatkan minda dan menenangkan fikiran selepas mengharungi minggu minggu yang memenatkan di UTP. Mana tak nya, 2 test dalam masa satu hari tambah lagi dengan seminar FYP. Tak cukup tidur di buatnya.

Keindahan pangkor masih terselah. Menunggu saat matahari terbenam amat teruja. langit bertukar kemerah-merahan menampakkan keindahan alam ciptaan Ilahi. Burung burung berterbangan pulang kesarang menambahkan lagi keindahan senja. Ketenangan memang dapat dirasakan... bebas dari bebanan buat sementara.

Keindahan Pangkor tatkala matahari terbenam.


Snorkeling


Pantai Pangkor masih lagi cantik menarik


Ni la rombongan ke Pangkor kali ni


Bye bye Pangkor...

Walaupun hanya 4 kerat je yg pergi ke pangkor kali ni, tapi objektif melancong kali ni tercapai....


*Kemana lgi ye lepas ni... kena tunggu skoler masok dulu la baru boleh gi melancong!!!