Pages

Monday, April 26, 2010

Meche Class of 2010 Moment

Assalamualaikum...

Lama nye tak update blog. Walaupon tak de orang bace blog ni. tapi tak kisah la. Semakin hari semakin sibuk. maksudnya penghujugnya makin tiba la tu. sedar tak sedar tggl lebih kurang 1 bulan je lagi utk menghabiskan masa masa terakhir di UTP terchenta ni. Rasenye baru je masok tahun 2005. tup tup dah masok tahun 2010 dah.

Masa macam ni semua orang cuba untuk menghabiskan masa masa terkahir di UTP dengan melakkan perkara2 yang boleh dibuat kenangan manis untuk dikenang dan maybe untuk diceritakan kepada anak cucu di kemudian hari. Sudah lumrah alam, ade permulaan, ade pengakhiran. alam yg kita semua menumpang hidup ni pon ade permulaan dan pengakhirannya. Setiap pertemuan ade perpisahanya. Tapi yg memisahkan kita itulah yang membuatkan kita lebih mengenal erti pentingnya menjalinkan silaturrahim sesama manusia. Tapi jgn pula dilupakan silaturrahim kepada yang Maha Pencipta kita.

Inisiatif yang diambil oleh beberapa orang student Meche Class of 2010 utk merealisasikan aktiviti riadah "MECHE OUTING 2010" di teluk batik adalah suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Setiap orang Unite untuk menjadikan MECHE OUTING 2010 ni satu aktiviti yg berjaya.

Saat bergembira dan menghabiskan mase beriadah bersama rakan2 adalah suatu pengalaman yg amat bernilai. Bayangkan dalam masa 4 atau 5 tahun, almost semua member Meche Class of 2010 baru dapat berkumpul bersama sama. Betul la kata orang, Final year bukan sahaja untuk fokus kepada pelajaran, tapi fokus juga diberikan untuk menghabiskan masa bersama rakan2 terchenta. Masing2 mengetahui bahawa lps grad, masing2 ade tanggungjawab masing2 dan tak mungkin untuk berkumpul seramai mungkin macam MECHE OUTING.

Aku, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Committee MECHE OUTING 2010 yang diketuai oleh Fatimah Radzai aka Ema. Tanpa korang event ni tak akan berjaya. Dan tahniah kepada semua MECHEians class of 2010. Korang adalah classmate terbaek la. Sporting abes. Lps grad dan semua dah dapat keje, pasti teringat balik mase2 indah di UTP.

Keep the Silaturrahim on everybody!!!

before depart to teluk batik




Faces of joy


Tahniah untuk semua!!!

2 comments:

s0deP said...

aku baco gop blog mu kdg2. blog aku pun lamo doh naik sarang labo.. xupdate.huhu

Jemi said...

huhu... bagus2!! Nice game for Meche Outing. Cume main tarik tali je letih sngoti mugo sek mu buat league. hahaha

Post a Comment