Pages

Thursday, April 1, 2010

Say No To April Fool

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

APRIL FOOL'S

Masih terdapat umat Islam diluar sana masih terikut dengan budaya April Fool's. Ada diantaranya bukanlah niat mereka untuk mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan nilai Islam, cumanya sudah terbiasa dengan persekitaran yang dicengkam ideologi menerima apa sahaja budaya luar tanpa menapis dahulu dengan melihat apakah pandangan Islam tentangnya. Ya, tidak semua dari luar itu jahat namun tidak semuanya baik juga. Maka timbanglah baik dan buruk itu dengan neraca wahyu.

April Fools’ secara amnya adalah hari dimana perbuatan memperolok-olok sesiapa sahaja menjadi teras sambutannya. Masih saya ingat sewaktu di sekolah dahulu, sepanjang hari terpaksa berhati-hati kerana pastinya ada sahaja penipuan akan dilakukan dan boleh jadi dari sesiapa sahaja.

Sekiranya terperangkap mempercayai penipuan tersebut maka ejekan April Fools’ akan diberi kepada mangsa. Dalam erti kata lain April Fools’ boleh disebut sebagai ‘hari menipu’. Mungkin ada yang berkata perbuatan memperolok-olok itu hanya sekadar gurauan. Tetapi apakah gurauan itu dibenarkan dalam Islam?

Terdapat pelbagai sejarah mengenai sambutan ‘hari penipuan’ atau April Fools’ ini. Yang menarik dewasa ini terdapat banyak sebaran mengatakan ianya adalah bersempena penghapusan dan penipuan keatas umat Islam di Spanyol suatu masa dahulu dan sebagainya.


ISLAM MENOLAK BUDAYA MENIPU/BERDUSTA

Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. [at-Taubah 9:119]



Berkata Ibn Katsir di dalam tafsirnya tentang ayat diatas:


أي اصدقوا والزموا الصدق تكونوا من أهله وتنجوا من المهالك, ويجعل لكم فرجاً من أموركم ومخرجاً

Ia bermaksud: sentiasalah berlaku jujur dan komitd pada kejujuran agar kamu berada dikalangan orang-orang (yang jujur) dan terselamat dari malapetaka . Dan ini akan mengeluarkan kamu daripada masalah. [Tafsir al-Quran al-Adzim, 2/424]


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ومن غشنا فليس منا

Sesiapa yang menipu bukanlah ia dari kalangan kami. [ Sahih Muslim – no:101]


Dalam hadis lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


إن الصدق يهدي إلى البر. وإن البر يهدي إلى الجنة. وإن الرجل ليصدق حتى يكتب صديقا. وإن الكذب يهدي إلى الفجور. وإن الفجور يهدي إلى النار. وإن الرجل ليكذب حتى يكتب كذابا

Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin kepada kebaikan, dan kebaikan itu memimpin ke syurga, dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur dan benar). Dan dusta memimpin kepada kecurangan, dan curang itu memimpin ke dalam neraka. Dan seseorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta. [Sahih al-Bukhari – no:5743]


Baigamana pula sekiranya ianya sekadar untuk bergurau, hanya bertujuan menggembirakan hati orang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ليضحك به القوم ويل له ويل له

Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia. [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]


Islam tidak menghalang untuk umatnya bergurau dan menggembirakan hati orang lain, namun perlu menjaga batas-batas tertentu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah bergurau dan berjenaka tetapi tidaklah sehingga menipu semata-mata untuk bergembira.

Islam mengkehendaki umatnya sedaya upaya menjauhi sifat suka menipu dan berkata dusta. Maka tentu sekali mendedikasikan suatu hari semata-mata untuk meraikan amalan menipu atau membudayakan penipuan adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam.


Di dunia ini, setiap manusia yang sihat akalnya pasti akan lebih menyukai kejujuran daripada perbuatan menipu. Islam merupakan agama yang meraikan fitrah yang baik. Jom kembali kepada Islam.

Wallahu'alam.


0 comments:

Post a Comment