Pages

Sunday, December 20, 2009

Salam Maal Hijrah 1431H

Assalamualaikum semua...

Masih agak belum terlambat untuk mengucapkan selamat menyambuit tahun baru Hijrah 1431. Semoga dengan kehadiran tahun baru ini membawa seribu makna dan sama sama kita menghayati makna hijrah. Sama sama kita berhijrah untuk mempertingkatkan prestasi kita dan memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah. Amin....




P/s: ramai antara kita selalu lupa tarikh hijrah (termasuklah aku sendiri), kalau tarikh masihi tu igt je... pasni berazam nak igt tahun hijrah jg sama dgn tahun masihi. hehehe

Sunday, December 13, 2009

Cuti2

Keje aku cuti sem ni..
  • makan
  • tido
  • tgk tv
  • tgk muvie
  • fyp?? nanti ah...
Muahahaha... Tapi amalan wajib yg dutuntut agama tak tinggal la ;)
Anda pula bagaimana??

Wednesday, November 25, 2009

The end of July 09

Assalamualaikum...

Semalam 24-11-2009 adalah paper terakhir bagi saya untuk final examination semester July 09. Sedar tidak sedar tinggal 1 semester je lagi sebelum grad. Begitu cepat masa berlalu. Kepada rakan2 batch Jan 05 dan ITIS july 05, semoga berjaya di masa hadapan dan kita jumpa di lain masa. Nice knowing all of you...

Selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1430 H dan selamat bersama keluarga yang tersayang. Jumpa lagi next semester.


Wassalam...
PCS class of July 09.


Dinner Batch.


Futsal Batch

Piala Malaysia 2009


Kuala Woh

Wednesday, November 18, 2009

2012...

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...

Sudah sekian lama tidak mengupdate blog ini kerana kesibukan. Maklum lah, sekarang ni kan dah exam week. 2 paper dah lepas. tinggal lagi dua paper:
  • 23/11: Failure Analysis & NDE
  • 24/11: Reservoir Engineering
Semalam saya bersama 6 org lagi rakan sempat meluangkan sedikit masa untuk menonton wayang 2012 yg sedang hangat ditayangkan di seluruh dunia.

Jalan cerita yg menarik dan teknik CGI yang amat mengagumkan. Tak hairan la, tiket utk tayangan pada hari semalam habis dijual. Saya membuat andaian bahawa anda semua sudah tahu serba sedikit pasal movie 2012 ni. jadi tak perlulah saya rumuskan keseluruhan cerita ini. cerita yg berkisar tentang ramalan suku kaum Maya bahawa bumi akan sampai ke penghujungnya pada 21-12-2012. Apa yg dilakukan oleh pemimpin2 dunia ialah dengan membina kapal untuk persediaan hari itu (nak kiamat, tapi buat kapal ???). Akhirnya semua yg berjaya naik kapal tu terselamat. Aduhhhh... kate kiamat, bumi tak hancur plak, tinggal benua Afrika je.

Pada pandangan saya, cerita ini ada motif tersendiri, kalau dilihat tarikh 21-12-2012 jatuh pada hari jumaat. Anda pasti tahu maksud saya kan. saya lihat disini ada motif untuk menyesatkan umat Islam. Kita umat Islam di haramkan sama sekali percaya pada sebarang ramalan nujum. Dan apa yg pasti, bila tiba hari kiamat, segala yg ada di alam semesta ini akan lenyap dari ada kepada tiada.

Hanya Allah swt sahaja yg tahu bila kiamat akan berlaku.

يَسْأَلُكَ النَّاسُ عَنِ السَّاعَةِ قُلْ إِنَّمَا عِلْمُهَا عِندَ اللَّهِ وَمَا يُدْرِيكَ لَعَلَّ السَّاعَةَ تَكُونُ قَرِيبًا

Artinya : “Manusia bertanya kepadamu tentang hari berbangkit. Katakanlah: “Sesungguhnya pengetahuan tentang hari berbangkit itu hanya di sisi Allah”. dan tahukah kamu (hai Muhammad), boleh Jadi hari berbangkit itu sudah dekat waktunya.” (QS. Al Ahzab : 63)

Sama2 lah kita memperbanyakkan amal ibadah kepada Allah dan sentiasa bertaubat kepadaNya kerana kita tidak tahu bila ajal akan menjemput kita dan kita tidak tahu bila akan tibanya Hari Kiamat mungkin esok, mungkin lusa, kita tidak tahu, hanya Allah yang maha mengetahui.

Wallahu A’lam




Monday, November 9, 2009

Good Luck For Final Examination

Assalamualaikum & selamat sejahtera...

Musim final examination sudah tiba. I wish to all good luck and do your best in the coming final examination!!!

"sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum itu, melainkan mereka sendiri yang mengubah nasib mereka".

(Surah ar-Ra'du:11)

sama-sama berusaha untuk mendapat keputusan yg cemerlang.

Sunday, November 8, 2009

TM Piala Malaysia 2009 "Menang Sorak Kampung Tergadai"

Assalamualaikum selamat sejahtera semua...

Pukul 8.00 am 07/11/2009 satu rombongan ke Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala malaysia 2009. Harapan menggunung untuk menyaksikan Pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang yg lebih dikenali dgn nama "The Red Warrior" menjulang Piala Malaysia edisi 2009. Namun apakan daya Kelantan rebah di badai lautan "MERAH" Stadium Nasional Bukit jalil dengan kekalahan 1-3.

Jika dilihat dari sudut sokongan, ternyata Skuad Negeri sembilan dgn moto mereka "HOBIN JANG HOBIN" tewas dari mula lagi. 3/4 daripada stadium dipenuhi oleh gelombang merah "GOMO KELATE GOMO". Sorakan GOMO KELATE GOMO melenyapkan sorakan HOBIN JANG HOBIN.


hanya 1/4 skuad N9 di stadium bukit jalil


Tahniah diucapkan kepada skuad Negeri 9 dibawah jurulatih Wan Jamak Wan Hasan atas kemenangan menjulang Piala Malaysia edisi 2009. Apa yg saya ingin katakan disini, "Negeri 9, U deseve to win". Walaupun dengan jumlah penyokong N9 yg memenuhi stadium hanyalah 1/4 daripada stadium itu, namun semangat perjuangan skuad N9 tetap hebat, Walaupun kelantan agak mendominasi perlawanan diminit awal perlawanan, namun negeri sembilan berjaya menebusi gawang kelantan yg dikawal oleh Halim Napi terlebih dahulu. sehinggalah kedudukan negeri sembilan mendahului dengan 3-0.

Untuk komen perlawanan semalam, saya bukanlah org yg layak untuk memberi sebarang ulasan atau komen, tetapi apa yg jelas dilihat daripada perlawanan semalam, Pertahanan kelantan amat amatlah lemah. Setiap kali N9 melancarkan serangan, striker N9 berjaya menembusi benteng pertahanan kelantan. Satu lagi yg jelas kelihatan ialah, passing yg lemah dan selalu melakukan hantaran tinggi. itu adalah antara kelemahan pasukan kelantan. ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama itdak melunturkan semangat penyokong kelantan. " Tak po, baru 1st half, 2nd half pahni jago la puok2 N9". Itu adalah salah satu jeritan yg kedengaran di belakang kami. Namun, apa yg berlaku adalah sebaliknya, sebaik sahaja wisel separuh msa kedua di tiup, N9 menjaringkan lagi satu gol meninggalkan kelantan 2-0. " Aduh... bakpo main lagu tu nyo, main molek gak" jerit penyokong fanatik kelantan. " Masok so (1) lagi kito tubik la wei, bo beh la tengok, wak sakik mato jah, main po budok kecik jah" terdengar satu lagi keluhan peminat kelantan. Keluhan peminat kelantan itu ade benarnya, N9 dihadiahkan penalti setelah pemain kelantan (tak igt sape) menjatuhkan pemain N9 dalam kawasan penalti. Dan N9 menyempurnakan sepakan penalti mendahuli kelantan 3-0.

setelah ketinggalan 3-0 ramai penyokong kelantan mulai meninggalkan stadium termasuk lah rombongan kami. Bukan kerana tidak sanggup melihat kekalahan pasukan kelantan, tetapi memikirkan soal KESELAMATAN kami. Bimbang jika ada kejadian2 yg tak diingini berlaku, lebih baik kami beransur terlebih dahulu.

Dari segi corak permainan negeri sembilan, memang agak kemas dan teratur, dan sering dapat menembusi benteng pertahanan pasukan kelantan. Tetapi sikap sesetengah pemain Negeri Sembilan yg sering "INJURED" dan berguling guling kesakitan ketika pasukan kelantan melakukan serangan merupakan satu tindakan yg agak tidak mencerminkan "FAIR PLAY". Pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan jika ade pemain yg terguling guling kesakitan, walhal apabila diusung keluar "ok" je. Sikap yg ditunjukkan olehh pemain negeri sembilan menyebabkan peminat pasukan kelantan berang. Nak buat macam mana yg menang tetap menang.

Saya agak kecewa dgn sikap dan moral penyokong pasukan kelantan malam tadi. Bukan semua penyokong, tetapi segelintir yg masih lagi tidak mematuhi peraturan pihak stadium. Mesti anda dapat melihat dan mendengar letupan mercun di kaca TV kan. Tapi itu yg anda nampak di TV sahaja... ade lagi yg lebih hebat. Kesian kat abg cameraman dgn abg2 FRU dibaling mercun. tak lupa jg pemain pasukan N9 yg dibaling mercun ketika cubaan mengambil sepakan penjuru. Inikah semangat kesukanan yg ditunjukkan oleh peminat pasukan kelantan. Walaupon saya sendiri penyokong pasukan kelantan, saya agak kecewa dgn penyokong yg melontarkan mercun ke padang. Sampai bila KITA, penyokong pasukan kelantan akan dilabel pasukan GANAS? Tingkah laku ini langsung tidak mencerminkan kematangan dan semangat kesukanan yg tinggi. Islam tidak mengajar kita untuk bertindak kearah keganasan. sama sekali tidak. Dan dimana nilai2 ISLAM yg dididik dari kecil dan diajar sejak kecil lagi? Sama2 la kita fikirkan ya.

Walau apa2 pon, kelantan dapat juga gol saguhati (mase ni dah ade dalam LRT). Tapi tidak cukup untuk mengubat kekecewaan penyokong pasukan kelantan yg sudah parah. Pasukan kelantan kalah dengan memberikan sedikit sahaja saingan kepada negeri sembilan, walhal mereka boleh bermain lebih baik daripada semalam. dan penyokong kelantan pula menunjukkan moral yg rendah kepada penyokong negeri sembilan.

Apa yg boleh disimpulkan disini adalah, kelantan " Menang Sorak, Kampung Tergadai". saya menulis bukan memihak kepada sesiapa. Tetapi sekadar renungan untuk difikirkan. Jika peminat mahu kemajuan dalam sukan bola sepak, mereka harus menunjukkan kematangan dan meninggalkan segala tingkah laku yang boleh dinaggap tidak bertamadun supaya sukan bola sepak kita dapat tipertingkatkan martabatnya. Pemain juga harus menghargai kesetian peminat dan penyokongnya dengan mempamerkan aksi yg bertenaga dan memberi saingan yg sengit. Walapupun kalah tetapi jika memberi saingan dan aksi yg menarik itu adalah lebih baik dari kalah tanpa memberikan saingan.

Sama2 lah kita fikir apa yg terbaik demi sukan bola sepak negara kita yg tercinta. Last sekali terima kasih diucapkan kepada pakcik yang beri pinjam kain utk dijadikan alas sembahyang maghrib di stadium malam tadi.

Ni ade la sikit gambo match malam tadi.


lautan peminat THE RED WARRIOR


stadium dipenuhi gelombang merah


before the match begin




Wassalam...

Thursday, November 5, 2009

Insan Bernama Guru

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam. Dengan limpah kurnianya diberi kesempatan menunaikan solat maghrib dan isyak disusuli solat hajat sempena Final Examination sesi July 09 di Masjid An-Nur, Universiti Teknologi PETRONAS.

sampai di bilik, terpapar " 1 new message" di skrin K750i aku. Rupa rupanya mesej dari cikgu semasa di SMK Machang. mesej nya berbunyi macam ni la lebih kurang "Semoga anak murid cikgu dalam keadaan sihat dan jemput la kerumah bila ade masa". Terkedu hati membaca mesej Cikgu tersebut. Sudah lama tak menghubungi cikgu2 di SMK Machang. Biase nya saya yg bertanya khabar, tetapi ari ni terbalik pulak.

Persoalan yg saya ingin bangkitkan ialah, masihkah kita ingat jasa guru2 yg pernah mengajar kita dahulu sejak dari tadika, sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Pernahkah kita terfikir adakah tanpa insan bernama guru ni, mampukah kita menjadi apa yang ada pada kita sekarang?

Begitu besar jasa seorang guru dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yg berguna. Mereka tidak mengharapkan balasan tetapi memadai jika kita menjadi manusia yg berguna pada agama, bangsa dan negara. Tetapi adakah kita masih igt semua jasa2 dan pengorbanan guru kita selama ini? Sama2 lah kita berdoa agar guru2 kita berada dalam keadaan sihat walafiat supaya perjuangan mereka dalam mendidik anak bangsa berterusan.

Tidak lupa jg pensyarah2 kita di UTP ni. mereka juga memainkan peranan yg besar dalam mendidik anak bangsa kearah membina modal insan kelas pertama. Apa yg penting sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan insan bernama guru/pensyarah. Sentiasa hormat kepada mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Tetiba plak teringat lirik lagu lilin seorang guru dari kumpulan In-team untuk dikongsi bersama

Lilin seorang guru

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo? aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini



sama2 kita muhasabah diri... tanpa guru siapalah kita.


Wednesday, November 4, 2009

Memorable Moment (PCS 23)

Salam...

Sudah lama tidak mengupdate blog ini... Dek kerana kesibukan, tidak sempat untuk mengupdate blog ini. Semakin ke penghujung semester, semakin bnyk tanggungajwab dan tugas untuk diselesaikan sebelum semester July 09 melabuhkan tirainya. Saya pasti semua kawan2 sibuk dgn presentation, assignment dan projek yg hendak dihantar. Tak kira la samada anda Mechanical, Chemical, Civil, Electrical Electronic, IT dan IS, masing2 mempunyai tanggung jawab untuk diselesaikan.

Berbalik kepada tajuk post saya kali ni "Memorable Moment". Saya cuma hendak mengucapkan Jutaan terima kasih kepada lecturer PCS semester ni, Tuan haji Mohamed Noor Rosli Baharom, Director Student Support Services Department. Peranan beliau bukan sekadar hanya seorang lecturer, tapi lebih juga kepada seorang bapa yg kasih terhadap anak2 nya. Sepanjang menghadiri kelas PCS semester ni, tak terdetik sedikit pon nak ponteng kelas. kalau ponteng kelas rase macam satu kerugian yg besar. Mungkin kerana dek kebaikan dan sifat kebapaan yang tggi membuat kami sekelas berasa selesa dalam kelas. setiap kali kelas, mesti ade sedikit selingan berbentuk nasihat kepada kami supaya berusaha menjadi yg terbaik.

ucapan terakhir beliau

Semalam, 3/11/2009 adalah kelas terakhir bagi PCS untuk semester ni. kami sekelas berasa agak sedih dan ada yg hampir nangis (ade ke?). tapi ade yg mengatakan bahawa Tn. Hj Md Noor Rosli sudah merah mata. Sungguh kami tak sangka begitu besar impak kelas PCS ni kepada beliau dan kepada kami.



Ape yg nak saya kongsikan disini adalah nasihat terkahir beliau sebelum berakhirnya kelas semalam. Beliau berpesan supaya sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dan tidak lupa dimana asal usul kita. dan dalam hidup ini kita mesti ada perancangan supaya apa yg kita impikan berada dalam landasan yg betul. harapan beliau supaya kita menjadi insan terbaik dan berjaya dalam hidup dunia dan akirat.

Thank you Tn. Hj. Mohd Noor Rosli for the memorable and wonderful moment for this semester. We are gonna miss u and PCS class. Jasa dan budi baik Beliau hanya Allah saja dapat membalasnya.


The one and only Tn. Hj. Mohamed Noor Rosli baharom

Thursday, October 29, 2009

Matju


Wish you Happy 22nd Birthday on 29th October 2009.
Semoga Dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur.

*Turunkan darah tingkatkan prestasi*

Wednesday, October 28, 2009

FYP, Projects, Tests, Assignments, Presentation~~~

Salam semua...

Inilah lumrah hidup sebagai Final Year Student. Semakin sampai ke penghjung semester semakin banyak projek, assigment, test, presentation and so on. Me myself have a lot of works to do and tests to face :
  • Failure Analysis & NDE Project
  • Human Resource management project
  • Test 2 FANDE
  • Test 2 Reservoir Engineering (nasib baik take home test)
  • Test 2 HRM
  • Assignment Reservoir
  • FYP presentation
Walau busy macam mana pon kita... jangan lupa tanggungjawab kita kepada Nya. Jangan pula dijadikan alasan SIBUK untuk kita tidak atau melalaikan tanggungjawab kita sebagai hambaNya. InsyaAllah, semakin kita dekat kepada Nya, semakin tenang hati dan dipermudahkan segala urusan. Amin~~~




Monday, October 26, 2009

Bila Diri di Hargai

Assalamualaikum semua...

Pepatah melayu "Orang memberi kita merasa, Orang berbudi kita berbahasa". Alangkah bagusnya kalau setiap sumbangan yang kita beri biarpun sedikit dihargai. Bukan nak suruh dihebahkan supaya semua orang tahu akan kebaikan yg kita lakukan. Ucapan terima kasih sudah memadai. Susah sangatkah mulut untuk menuturkan kata "Terima Kasih" ?


Mungkin ada yang berfikir "alah... kawan tak berkira sangat". Ucapan terima kasih yg diucapkan itu memberi seribu makna kepada si pemberi kerana sumbangan mereka dihargai. bukan sekadar merasa sumbangan itu dihargai, tetapi turut merasakan diri juga dihargai walaupun hanya sedikit sahaja sumbangan yg diberikan.

*Sama-sama kita renungkan*

hargai apa yg ada disekeliling kita sebelum kita kehilangan semua yang ada disekeliling kita

Sunday, October 25, 2009

intern memories

Time2 busy macam ni... tetiba teringat kat member2 mase intern kat MTBE/Polypropylene kat Gebeng. Aku hanya mampu berdoa agar mereka (Nadia, Sukri, Asrul, Daus, Iepah, Farah, Faiz, Moha, Hendra) sentiasa dalam keadaan sehat dan bahagia.

Nadia, daus (Poli Dungun) Sukri (UTeM)

asrul dari Western Australia University

Farah (UIAM), Iepah (UPM)

faiz (UiTM Shah Alam)

Hendra (UTM)

Walaupun pertemuan hanya sekejap, tetapi memori bersama kalian tak akan dilupakan.

FYP oh FYP

Isnin ni dah nak kena hantar Interim report... buat nye tak lagi. nak update ape la dalam interim report aku ni. four your information, untk fyp ni aku buat fyp under material scope. Tajuk FYP aku "Effect of High Temperature Nitriding on Fatigue of 316L Austenitic Stainless Steel". bapak tajok... panjang giler... Supervisor aku AP. Dr. Patthi Hussain. Die yg bagi tajok ni kat aku.

Briefly pasal fyp aku nye macam ni... 316L Austenitic Stainless Steel ni dah bnyk reseasrcher yg buat study pasal nitriding. tapi most of them at lower temperature which is below 600 degree C. but for my project, the nitriding process will be conducted at high temperature (1000 - 1250 degree C). Then the fatigue resistance after nitriding will be analysed. So nak tak samada fatigue resistance material tu increase ke tak lps high temperture nitriding.

For those yg tak tau nitriding tu ape, let me explain a little bit. Nitriding is a process where the nitrogen ion is diffused into material grain to form nitrided layer. Nitriding is one of the surface treatment to increase hardness, wear resistance and also fatigue resistance of material.

So far ape yg aku dah buat
  • analyse microstucture for austenitic stainless steel before nnitriding using optical microscope and SEM.
  • study the standard for fatigue testing which is ASME 446
  • hardness test (Vicker's Microhardness)
Before end of this semester, harap dapat siap fabricate test specimen for fatigue test. for the next sem plan plak:
  • perform nitriding process
  • perform fatigue test (both for nitrided and unnitrided ASS)
  • Microstructure analysis
Ape ape pon kna siapkan interim report dulu... esk dah nak kna hantar... Gud luck with youur FYP everybody...microstructure of 316 ASS under optical microscope

PCS dah abes

for your information, this sem aku baru ambil subjek Professional communication skill (PCS) Dah ramai batch member yg amik PCS ni. Me and my friends (Sopi, Matju, Judin, Jipak, Amar, Zele, Ropong, Kucah, Munir) pilihla PCS group 23. Lecturer die Tn. Hj. Mohd Noor Rosli Baharom, Director Student Support Service. Kawan2 aku cakap Lecturer ni baik la. markah pon OK!!! Kami pon pilih la group 23.

Sepanjang kelas PCS ni kan... memang best la. Honestly, this is the first class that i feel i really wanna go to class and never wanna miss it. The way He (Tn. Hj. Mohd Noor Rosli Baharom) teached us is different. Ini lah org kate karisma... jarang boleh jumpe lecturer macam ni.

Sedar tak sedar dah abis dah presentation PCS aku. Starting with Poster Group presentation, then Individual Technical Presentation, Business meeting and finally Individual persuasve presentation. aku dah buat yg terbaik harap2 dapat skor subjek ni.

Ni ade la sikit gambar mase klas PCS. Lps abes present je mesti Tn. Hj Mohd noor rosli nak amik gambar. Buat kenangn kot.

taken afterPoster presentation



taken after technical presentation


Pic taken after business meeting


1st group for persuasive presentation


Presenting my persuasive presentation "Blood donation"


our beloved lecturer



Lama menyepi...

adeih... memang tak sesuai aku jadik penulis blog.
tak terupdate aku nye blog nih.
InsyaAllah aku akan cuba buat yang terbaik...

Monday, August 10, 2009

My 1st Post

Assalamualaikum and Good day,

Macam tak percaya je aku buat blog ni. Aku tak de la minat sangat tulis blog ni. kalau baca blog tu aku minat la. Maklum la kerja-kerja tulis blog ni banyak kena menaip. Macam aku ni malas sangat2 nak menaip dah la menaip pon lambat macam kura-kura, typo pon banyak... Adeihhh!!! Ade hati lagi nak tulis blog. Tak pe... Lama2 pandai la. kan kan!!!

Tak tau la kenapa, suatu malam tu tetiba terdetik nak buat blog (macam dapat ilham la). Betol ke aku nak tulis blog ni? Ni la persoalan bermain di fikiran masa tgh pikir nak tulis blog ke tak:
  • Kalau nak tulis blog, ape yang aku nak tulis??
  • ade mase ke nak tulis blog nii??
  • ade ke org nak bace blog aku??
Semua persoalan ni masih belum terjawab... aku pon tak tahu lagi jawapan kepada semua persoalan yang aku pikirkan. Same-sama kite tunggu dan lihat ape yg akan terkandung dalam blog ~PaTh oF mY LiFe~.

Satu lagi persoalan baru terfikir, "Seronok ke tulis blog ni?"