Pages

Thursday, November 5, 2009

Insan Bernama Guru

Assalamualaikum...

Alhamdulillah... segala pujian bagi Allah, tuhan sekalian alam. Dengan limpah kurnianya diberi kesempatan menunaikan solat maghrib dan isyak disusuli solat hajat sempena Final Examination sesi July 09 di Masjid An-Nur, Universiti Teknologi PETRONAS.

sampai di bilik, terpapar " 1 new message" di skrin K750i aku. Rupa rupanya mesej dari cikgu semasa di SMK Machang. mesej nya berbunyi macam ni la lebih kurang "Semoga anak murid cikgu dalam keadaan sihat dan jemput la kerumah bila ade masa". Terkedu hati membaca mesej Cikgu tersebut. Sudah lama tak menghubungi cikgu2 di SMK Machang. Biase nya saya yg bertanya khabar, tetapi ari ni terbalik pulak.

Persoalan yg saya ingin bangkitkan ialah, masihkah kita ingat jasa guru2 yg pernah mengajar kita dahulu sejak dari tadika, sekolah rendah sehinggalah sekolah menengah. Pernahkah kita terfikir adakah tanpa insan bernama guru ni, mampukah kita menjadi apa yang ada pada kita sekarang?

Begitu besar jasa seorang guru dalam mendidik anak bangsa supaya menjadi insan yg berguna. Mereka tidak mengharapkan balasan tetapi memadai jika kita menjadi manusia yg berguna pada agama, bangsa dan negara. Tetapi adakah kita masih igt semua jasa2 dan pengorbanan guru kita selama ini? Sama2 lah kita berdoa agar guru2 kita berada dalam keadaan sihat walafiat supaya perjuangan mereka dalam mendidik anak bangsa berterusan.

Tidak lupa jg pensyarah2 kita di UTP ni. mereka juga memainkan peranan yg besar dalam mendidik anak bangsa kearah membina modal insan kelas pertama. Apa yg penting sentiasa menghargai jasa dan pengorbanan insan bernama guru/pensyarah. Sentiasa hormat kepada mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka.

Tetiba plak teringat lirik lagu lilin seorang guru dari kumpulan In-team untuk dikongsi bersama

Lilin seorang guru

Pernah langkah ku payah
Menuju ke destinasi
Kerana malam gelap
Dan bintang hilang kerdipnya
Menjadikan arah ku keliru
Ke timur atau ke barat

Bagai lilin membakar diri
Menerangi kegelapan hati
Kau curahkan bakti dan budi
Jasamu tiada berganti

Namun tanpa rasa payah
Dia memimpin tanganku
Melangkah satu persatu
Dan mencipta jejak impian
Menjadikan arahku jelas
Aku harus ke hadapan

Ohoo? aku kini rindu
Pada satu nama yang berjasa
Tuhan, beri kekuatan
Untuk mendidikku selamanya
Ku pohon restu kasih-Mu
Ampunkanlah guru-guruku

Semalam ku lihat dia
Di bibirnya ada kalimah
Yang bergetar saban waktu
Sambil tangan menggenggam lilin
Lilin yang tiada terpadam
Menerangi hidupku kini



sama2 kita muhasabah diri... tanpa guru siapalah kita.


0 comments:

Post a Comment