Pages

Sunday, November 8, 2009

TM Piala Malaysia 2009 "Menang Sorak Kampung Tergadai"

Assalamualaikum selamat sejahtera semua...

Pukul 8.00 am 07/11/2009 satu rombongan ke Bukit Jalil untuk menyaksikan perlawanan akhir bola sepak Piala malaysia 2009. Harapan menggunung untuk menyaksikan Pasukan negeri Cik Siti Wan Kembang yg lebih dikenali dgn nama "The Red Warrior" menjulang Piala Malaysia edisi 2009. Namun apakan daya Kelantan rebah di badai lautan "MERAH" Stadium Nasional Bukit jalil dengan kekalahan 1-3.

Jika dilihat dari sudut sokongan, ternyata Skuad Negeri sembilan dgn moto mereka "HOBIN JANG HOBIN" tewas dari mula lagi. 3/4 daripada stadium dipenuhi oleh gelombang merah "GOMO KELATE GOMO". Sorakan GOMO KELATE GOMO melenyapkan sorakan HOBIN JANG HOBIN.


hanya 1/4 skuad N9 di stadium bukit jalil


Tahniah diucapkan kepada skuad Negeri 9 dibawah jurulatih Wan Jamak Wan Hasan atas kemenangan menjulang Piala Malaysia edisi 2009. Apa yg saya ingin katakan disini, "Negeri 9, U deseve to win". Walaupun dengan jumlah penyokong N9 yg memenuhi stadium hanyalah 1/4 daripada stadium itu, namun semangat perjuangan skuad N9 tetap hebat, Walaupun kelantan agak mendominasi perlawanan diminit awal perlawanan, namun negeri sembilan berjaya menebusi gawang kelantan yg dikawal oleh Halim Napi terlebih dahulu. sehinggalah kedudukan negeri sembilan mendahului dengan 3-0.

Untuk komen perlawanan semalam, saya bukanlah org yg layak untuk memberi sebarang ulasan atau komen, tetapi apa yg jelas dilihat daripada perlawanan semalam, Pertahanan kelantan amat amatlah lemah. Setiap kali N9 melancarkan serangan, striker N9 berjaya menembusi benteng pertahanan kelantan. Satu lagi yg jelas kelihatan ialah, passing yg lemah dan selalu melakukan hantaran tinggi. itu adalah antara kelemahan pasukan kelantan. ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama itdak melunturkan semangat penyokong kelantan. " Tak po, baru 1st half, 2nd half pahni jago la puok2 N9". Itu adalah salah satu jeritan yg kedengaran di belakang kami. Namun, apa yg berlaku adalah sebaliknya, sebaik sahaja wisel separuh msa kedua di tiup, N9 menjaringkan lagi satu gol meninggalkan kelantan 2-0. " Aduh... bakpo main lagu tu nyo, main molek gak" jerit penyokong fanatik kelantan. " Masok so (1) lagi kito tubik la wei, bo beh la tengok, wak sakik mato jah, main po budok kecik jah" terdengar satu lagi keluhan peminat kelantan. Keluhan peminat kelantan itu ade benarnya, N9 dihadiahkan penalti setelah pemain kelantan (tak igt sape) menjatuhkan pemain N9 dalam kawasan penalti. Dan N9 menyempurnakan sepakan penalti mendahuli kelantan 3-0.

setelah ketinggalan 3-0 ramai penyokong kelantan mulai meninggalkan stadium termasuk lah rombongan kami. Bukan kerana tidak sanggup melihat kekalahan pasukan kelantan, tetapi memikirkan soal KESELAMATAN kami. Bimbang jika ada kejadian2 yg tak diingini berlaku, lebih baik kami beransur terlebih dahulu.

Dari segi corak permainan negeri sembilan, memang agak kemas dan teratur, dan sering dapat menembusi benteng pertahanan pasukan kelantan. Tetapi sikap sesetengah pemain Negeri Sembilan yg sering "INJURED" dan berguling guling kesakitan ketika pasukan kelantan melakukan serangan merupakan satu tindakan yg agak tidak mencerminkan "FAIR PLAY". Pengadil terpaksa memberhentikan perlawanan jika ade pemain yg terguling guling kesakitan, walhal apabila diusung keluar "ok" je. Sikap yg ditunjukkan olehh pemain negeri sembilan menyebabkan peminat pasukan kelantan berang. Nak buat macam mana yg menang tetap menang.

Saya agak kecewa dgn sikap dan moral penyokong pasukan kelantan malam tadi. Bukan semua penyokong, tetapi segelintir yg masih lagi tidak mematuhi peraturan pihak stadium. Mesti anda dapat melihat dan mendengar letupan mercun di kaca TV kan. Tapi itu yg anda nampak di TV sahaja... ade lagi yg lebih hebat. Kesian kat abg cameraman dgn abg2 FRU dibaling mercun. tak lupa jg pemain pasukan N9 yg dibaling mercun ketika cubaan mengambil sepakan penjuru. Inikah semangat kesukanan yg ditunjukkan oleh peminat pasukan kelantan. Walaupon saya sendiri penyokong pasukan kelantan, saya agak kecewa dgn penyokong yg melontarkan mercun ke padang. Sampai bila KITA, penyokong pasukan kelantan akan dilabel pasukan GANAS? Tingkah laku ini langsung tidak mencerminkan kematangan dan semangat kesukanan yg tinggi. Islam tidak mengajar kita untuk bertindak kearah keganasan. sama sekali tidak. Dan dimana nilai2 ISLAM yg dididik dari kecil dan diajar sejak kecil lagi? Sama2 la kita fikirkan ya.

Walau apa2 pon, kelantan dapat juga gol saguhati (mase ni dah ade dalam LRT). Tapi tidak cukup untuk mengubat kekecewaan penyokong pasukan kelantan yg sudah parah. Pasukan kelantan kalah dengan memberikan sedikit sahaja saingan kepada negeri sembilan, walhal mereka boleh bermain lebih baik daripada semalam. dan penyokong kelantan pula menunjukkan moral yg rendah kepada penyokong negeri sembilan.

Apa yg boleh disimpulkan disini adalah, kelantan " Menang Sorak, Kampung Tergadai". saya menulis bukan memihak kepada sesiapa. Tetapi sekadar renungan untuk difikirkan. Jika peminat mahu kemajuan dalam sukan bola sepak, mereka harus menunjukkan kematangan dan meninggalkan segala tingkah laku yang boleh dinaggap tidak bertamadun supaya sukan bola sepak kita dapat tipertingkatkan martabatnya. Pemain juga harus menghargai kesetian peminat dan penyokongnya dengan mempamerkan aksi yg bertenaga dan memberi saingan yg sengit. Walapupun kalah tetapi jika memberi saingan dan aksi yg menarik itu adalah lebih baik dari kalah tanpa memberikan saingan.

Sama2 lah kita fikir apa yg terbaik demi sukan bola sepak negara kita yg tercinta. Last sekali terima kasih diucapkan kepada pakcik yang beri pinjam kain utk dijadikan alas sembahyang maghrib di stadium malam tadi.

Ni ade la sikit gambo match malam tadi.


lautan peminat THE RED WARRIOR


stadium dipenuhi gelombang merah


before the match begin




Wassalam...

4 comments:

Anonymous said...

nasib r encik azmi..doh xdok rezeki nok buat gano...

tp memg agak terkilan dgn beberapa kejadian smlm..ak tgk kat cafe, tp tu pun ade pompuan sebelah ak duk ngutuk2 pasal kelantan..ganas r, kejam r, x pandai men jgn r jadi jahat r..geram plak ak nak lempang..

tp agak malu sbenarnye...hahahha...

Jemi said...

aku pon jeh... padahal kelate sepatutnya boleh main lebih bagus. Ape2 pon tahniah N9.

Anonymous said...

kehkehkeh

semangat ore klate
penuh stadium

xpo las
try lenkali plok

wakakaka

Jemi said...

lenkali pon lenkali la plop...

Post a Comment