Pages

Thursday, June 10, 2010

I'm Home..

Assalamualaikum...


Setelah hampir 6 jam perjalanan menuju ke destinasi iaitu rumah aku ler... tepat jam 6.30 petang, 09-06-2010 sampai la kat rumah. Home sweet home... Tapi perasaan sayu dan sedih di kala terpaksa meniggalkan kawan2 dan terpaksa berpisah. masing2 akan memilih jalan hidup sendiri.


Walau apa pon, kehidupan terpaksa diteruskan tanpa rakan2 seperjuangan disisi. Kepada member2 sekalian, kalau yang dah dapat kerja tu pandai2 la bagitau aku ye. jangan lupe pulak belnja makan sape2 yg dekat kelantan ni.


Tapi hari ni dah start mula teringat dan rindu kat rakan2. huhu... ni pengakuan ni. memang dah start rindu. rutin harian mulai hari ini akan berubah sepenuhnya. Kalau bgn pagi biasenye terus bukak facebook, bukak page Berita Harian, Utusan Melayu and so on. tapi skrg tidak lagi. Internet tiada di rumah. so kena sesuaikan diri dengan perubahan yg ketara ini.


Walau apa pon, selamat berjuang untuk rakan2 sekalian.


Salam...



Tuesday, June 8, 2010

Bye Bye UTP...

Assalamualaikum


Disaat ketika penulisan ini sedang berlaku, cuaca agak mendung. Seolah-olah mengerti bahawa kami akan meninggalkan bumi UTP esok hari. Jika diimbas kembali cuaca UTP seminggu yg lepas, cuaca agak mendung seolah olah mengerti bahawa kami akan pergi meniggalkan bumi Tronoh ini.


hari ini boleh dikatakan aku sudah menjadi ex-student UTP sebab clearance dah siap dan kad matrix pon sudah di hantar. Hardbound FYP report pon sudah dihantar. Perjalanan untuk mendapatkan segulung ijazah di UTP sudah berakhir. Tapi pagi tadi agak terkilan juga sebab lupa bawa kamera mase nak hantar hardbound report FYP kat SV. kalau tak boleh ambik gambar bersama Supervisor tersayang. untuk dijadikan kenangan.


Kalau nak hitung kenangan du UTP ni memang banyak la. Tak larat nak cerita satu persatu. Tapi ape yang penting, setiap kenangan dan pengalaman itu menjadikan kita semakin bijak membuat keputusan. yang pasti kenangan manis dan tak berapa manis sepanjang 5 tahun di UTP pasti akan tersemat di hati ini.


Petang tadi sempat pergi pejabat Tuan Haji Mohamed Noor Rosli, Director Student Service. Tuan Haji ni lecturer PCS sem lepas. Sempat la die bagi advice sikit2 pasal life after study. Nak kongsi la ape yg die bagitau tadi. Tn. Hj. pesan, jangan memilih kerja sangat, kalau dapat offer yg sesuai untuk kite, just accept it. Don't be so choosy. Ape yg penting tambahkan pengalaman terlebih dahulu. proud to be one of his student. Akhirnya... setelah 5 tahun di UTP, berjaya juga naik ke tingkat paling atas IRC.
hahaha...
Di pejabat Tn. Hj. Mohamed Noor Rosli


Adeih... Tn. Hj. pejam mata la pulak...


Kepada semua sahabat2 di UTP, semoga ketemu lagi di lain waktu. Jika ada salah silap sepanjang 4 atau 5 tahun perkenalan, harap dimaafkan. Maklomla, aku ni pon manusia biasa yg buat salah jg. Aku dah maafkan korang semua. Kalau ade hutang ke ape ke, harap halal eh. Semoga berjaya di masa hadapan, Dunia dan Akhirat.



sedih sebenarya tulis post ni, nak nangis je...
pasni bile lagi boleh jumpa krang semua.
aku doakan korang sentiasa berjaya
dalam ape bidang pon.

Luv U all my friends...





Saturday, June 5, 2010

Photoshoot...




3rd post for today...

maybe lepas ni bile dah balik susah sikit nak update blog. ye la kat rumah internet xde. jakun je bunyi kat rumah xde internet. huhuhu....Anyway some pic during photoshoot on thursday 3rd june 2010.

Some memeories before leaving UTP... soon...


sahabat


gambar edited by nazim aka pulut





SI

2nd Post for today...

Kepada shabat2 yg bakal menghadapai Structured Interview by PETRONAS for today, tomorrow and the day after tomorrow, wishing you all the best, do the best. One step closer to get hired. It is up to you how you sell yourself to the panel interview.

My SI will be conducted tomorrow at 9.30 am, second candidate. Hope i give all out for my SI. InsyAllah if it is your rezeki, it won't be anywhere, but just try your best ok. I'll try my best too...
gud luck my prenss...


Photo from mr. google...



5 years part II

Salam...

Nak abeskan post yg terdahulu. 5 tahn di UTP rase sangat sekejap. biar la untuk menghabiskan pemburuan ijazah ni di penuhi cabaran yg amat menduga keimanan. Tapi dengan adanya sahabat2 di sekeliling yang sentiasa saling membantu membuatkan segala cabaran terasa amat mudah walaupun realitinya agak sukar. Itu la guna nya kawan kan.


Tapi 5 tahun tu memang lama... ayat mase foundation "5 tahun aku kat UTP ni... lamaaaa tu itu pon belom tentu complete dapat ijazah". Then ayat final SEM "Tup tap tup tap dah 5 tahun aku kat UTP eh, kejap je rase" . begitulah senario kehidupan di UTP. tapi semuanya bakal sampai ke penghujungnya.


Mula menjejakkan kaki di UTP pada bulan July 05 hanya berteman kan kawan2 dari MRSM terdahulu... Zulkifli, Fariz Adnan, Syed Faiq... dan teman2 yg sudah berada di UTP intake Jan 05. Tapi sekarang... setelah 5 tahun di UTP begitu ramai sahabat dapat terjalin ikatan dan harapan semooga ikatan ini akan terus kekal.


Tapi begitulah resam kehiduan manusia yg tak kekal. Setiap yg bernyawa pasti akan mati, alam ini pon ade permulaan dan pengakhiran dan setiap permulaan ada perpisahan. tapi perpisahan itu lah membuatkan kita lebih mengenal erti nikmatnya persahabata dan ikatan.


Begitu banyak kenangan yg kita cipta bersama... semoga kenangan itu sentiasa tersemat dalam ingatan sahabat2 sekalian. Semoga Allah melindungi sahabat2 sekalian dan selamat berjaya di masa hadapan.


X boleh nak fokus la menulis kali ni... agak emotional. rasenya dah cukup kot post kali ni. dah ramai member2 yg dah balik ke kampung halaman. sesiapa yg nak balik tu tu, pandu cermat ye. insyaAllah selamat sampai.


Aku nak minta maaf dgn korang semua kalau ade salah dan silap sepanjang 5 tahun kita berteman. maklom la aku ni insan biasa macam kamu semua jg. kalau ade hutang ke ape ke yg belom aku bayar, bgtau aku ye...


Wassalam...


Thursday, June 3, 2010

5 Years...

Assalamualaikum...

5 Tahun... satu tempoh masa yg agak lama. kalau nak di analogikan, bayi yg baru lahir sudah mampu berjalan dan berkata kata dalam tempoh 5 tahun. Begini la hidup aku dan sahabat2 di UTP. 5 tahun berjuang untuk mendapat segulung ijazah. sepanjang 5 tahun sudah memadai untuk mematangkan diri ini. tapi sudah cukup matang kah diri ini untuk meghadapi alam yg lebih mencabar yang bakal mendatang.

Berbagai kisah suka duka, pahit manis dilalui bersama teman2 sepanjang perjuangan di UTP. Kalau nak dicerita semua suka duka tak tertulis. tapi begitulah hakikat hidup ini. setiap yg ade permulaan pasti ade pengakhiran.

Sedih la pulak nak menulis. setakat ni je la.... kalau ade rase nak update... nanti aku uppdate balik la.