Pages

Monday, April 26, 2010

Meche Class of 2010 Moment

Assalamualaikum...

Lama nye tak update blog. Walaupon tak de orang bace blog ni. tapi tak kisah la. Semakin hari semakin sibuk. maksudnya penghujugnya makin tiba la tu. sedar tak sedar tggl lebih kurang 1 bulan je lagi utk menghabiskan masa masa terakhir di UTP terchenta ni. Rasenye baru je masok tahun 2005. tup tup dah masok tahun 2010 dah.

Masa macam ni semua orang cuba untuk menghabiskan masa masa terkahir di UTP dengan melakkan perkara2 yang boleh dibuat kenangan manis untuk dikenang dan maybe untuk diceritakan kepada anak cucu di kemudian hari. Sudah lumrah alam, ade permulaan, ade pengakhiran. alam yg kita semua menumpang hidup ni pon ade permulaan dan pengakhirannya. Setiap pertemuan ade perpisahanya. Tapi yg memisahkan kita itulah yang membuatkan kita lebih mengenal erti pentingnya menjalinkan silaturrahim sesama manusia. Tapi jgn pula dilupakan silaturrahim kepada yang Maha Pencipta kita.

Inisiatif yang diambil oleh beberapa orang student Meche Class of 2010 utk merealisasikan aktiviti riadah "MECHE OUTING 2010" di teluk batik adalah suatu pengalaman yang tak dapat dilupakan. Setiap orang Unite untuk menjadikan MECHE OUTING 2010 ni satu aktiviti yg berjaya.

Saat bergembira dan menghabiskan mase beriadah bersama rakan2 adalah suatu pengalaman yg amat bernilai. Bayangkan dalam masa 4 atau 5 tahun, almost semua member Meche Class of 2010 baru dapat berkumpul bersama sama. Betul la kata orang, Final year bukan sahaja untuk fokus kepada pelajaran, tapi fokus juga diberikan untuk menghabiskan masa bersama rakan2 terchenta. Masing2 mengetahui bahawa lps grad, masing2 ade tanggungjawab masing2 dan tak mungkin untuk berkumpul seramai mungkin macam MECHE OUTING.

Aku, nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Committee MECHE OUTING 2010 yang diketuai oleh Fatimah Radzai aka Ema. Tanpa korang event ni tak akan berjaya. Dan tahniah kepada semua MECHEians class of 2010. Korang adalah classmate terbaek la. Sporting abes. Lps grad dan semua dah dapat keje, pasti teringat balik mase2 indah di UTP.

Keep the Silaturrahim on everybody!!!

before depart to teluk batik




Faces of joy


Tahniah untuk semua!!!

Monday, April 12, 2010

Anak Buah Baru

Assalamualaikum...

Hari ni tak dapat pergi kelas sebab demam + pening kepala. Mungkin disebabkan kerja yg bertimbun timbun. Maklum la... Aku ni biase tidur awal. tetiba plak kena berjaga siapkan kerja yg bertimbun timbun. Sebab tu kot demam.

Pagi ni Kakak aku MMS gambar anak nya yg ke 2 (anak buah aku ler) yg baru lahir 3 mggu lepas mase cuti midsem. Sempat jg la aku tgk anak sedara aku depan mata. Comel... Sempat juga meriba anak sedara aku yg kecil molek tu. Rase macam nak anak sendiri je. Hehehe...


My New Nephew

Bangun pagi ni bukak website Berita Harian. Sungguh pilu membaca artikel pasal kes buang bayi. Bayi kecil yg tak berdosa menjadi mangsa nafsu serakah manusia. Astaghfirullah... Mereka ini sesungguhnya tidak layak untuk bergelar manusia.


Wallahua'lam


Tuesday, April 6, 2010

Kalaulah...

Assalamualaikum...


Just a thing for us to ponder.


Kalaulah Allah lihatkan amalan kita. Berapa banyak dosa. Berapa banyak pahala??

Kalaulah dosa itu macam batu. Berapa berat perlu kita angkat?


Kalaulah pahala itu bagai duit. Berapa banyak boleh simpan dalam akaun??


Kalaulah nafsu itu punya bentuk dan rupa, dan syaitan ada di sebelah kita dalam wajah tersendiri. Adakah kita akan berkawan dengan mereka? atau takut dan memusuhi mereka? atau kita tetap jadi lagi teruk dari syaitan..


Malu berbuat dosa depan mata banyak nya bertimbun-timbun.
Malu dengan syirik dan khurafat yang kita buat.
Malu sebab tinggalkan risalah baginda.
Malu bergaduh sesama Islam padahal kita dah tahu kita saudara.
Hanya sebab kuasa,ideologi dan harta.

Pada hal dah tahu tak bawak ke manapun harta berlambak sedunia!!

Pada hal dah tahu pegangan kita sama!!
Pada hal dah tahu pangkat dan jawatan tak mampu membeli ampunan dari Tuhan!!


Wallahualam...


Thursday, April 1, 2010

Say No To April Fool

Assalamualaikum dan selamat sejahtera....

APRIL FOOL'S

Masih terdapat umat Islam diluar sana masih terikut dengan budaya April Fool's. Ada diantaranya bukanlah niat mereka untuk mengamalkan sesuatu yang bertentangan dengan nilai Islam, cumanya sudah terbiasa dengan persekitaran yang dicengkam ideologi menerima apa sahaja budaya luar tanpa menapis dahulu dengan melihat apakah pandangan Islam tentangnya. Ya, tidak semua dari luar itu jahat namun tidak semuanya baik juga. Maka timbanglah baik dan buruk itu dengan neraca wahyu.

April Fools’ secara amnya adalah hari dimana perbuatan memperolok-olok sesiapa sahaja menjadi teras sambutannya. Masih saya ingat sewaktu di sekolah dahulu, sepanjang hari terpaksa berhati-hati kerana pastinya ada sahaja penipuan akan dilakukan dan boleh jadi dari sesiapa sahaja.

Sekiranya terperangkap mempercayai penipuan tersebut maka ejekan April Fools’ akan diberi kepada mangsa. Dalam erti kata lain April Fools’ boleh disebut sebagai ‘hari menipu’. Mungkin ada yang berkata perbuatan memperolok-olok itu hanya sekadar gurauan. Tetapi apakah gurauan itu dibenarkan dalam Islam?

Terdapat pelbagai sejarah mengenai sambutan ‘hari penipuan’ atau April Fools’ ini. Yang menarik dewasa ini terdapat banyak sebaran mengatakan ianya adalah bersempena penghapusan dan penipuan keatas umat Islam di Spanyol suatu masa dahulu dan sebagainya.


ISLAM MENOLAK BUDAYA MENIPU/BERDUSTA

Islam mendidik umatnya agar sentiasa mengamalkan perlakuan jujur dan menjauhi sikap suka menipu. Allah berfirman di dalam al-Quran:


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُواْ اتَّقُواْ اللّهَ وَكُونُواْ مَعَ الصَّادِقِينَ

Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kamu kepada Allah dan hendaklah kamu berada bersama-sama orang-orang yang benar. [at-Taubah 9:119]



Berkata Ibn Katsir di dalam tafsirnya tentang ayat diatas:


أي اصدقوا والزموا الصدق تكونوا من أهله وتنجوا من المهالك, ويجعل لكم فرجاً من أموركم ومخرجاً

Ia bermaksud: sentiasalah berlaku jujur dan komitd pada kejujuran agar kamu berada dikalangan orang-orang (yang jujur) dan terselamat dari malapetaka . Dan ini akan mengeluarkan kamu daripada masalah. [Tafsir al-Quran al-Adzim, 2/424]


Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ومن غشنا فليس منا

Sesiapa yang menipu bukanlah ia dari kalangan kami. [ Sahih Muslim – no:101]


Dalam hadis lain Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


إن الصدق يهدي إلى البر. وإن البر يهدي إلى الجنة. وإن الرجل ليصدق حتى يكتب صديقا. وإن الكذب يهدي إلى الفجور. وإن الفجور يهدي إلى النار. وإن الرجل ليكذب حتى يكتب كذابا

Sesungguhnya benar (jujur) itu memimpin kepada kebaikan, dan kebaikan itu memimpin ke syurga, dan seseorang berlaku benar sehingga tercatat di sisi Allah seorang siddiq (yang sangat jujur dan benar). Dan dusta memimpin kepada kecurangan, dan curang itu memimpin ke dalam neraka. Dan seseorang itu berdusta sehingga tercatat di sisi Allah sebagai pendusta. [Sahih al-Bukhari – no:5743]


Baigamana pula sekiranya ianya sekadar untuk bergurau, hanya bertujuan menggembirakan hati orang lain. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda:


ويل للذي يحدث فيكذب ليضحك به القوم ويل له ويل له

Celakalah orang yang berkata-kata, maka dia berbohong untuk membuat orang lain ketawa, celakalah dia, celakalah dia, celakalah dia. [ Sunan Abu Daud – no: 4990. Dinilai Sahih oleh al-Albani di dalam Sahih al-Jami’ as-Saghir – no: 7137]


Islam tidak menghalang untuk umatnya bergurau dan menggembirakan hati orang lain, namun perlu menjaga batas-batas tertentu. Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam sendiri pernah bergurau dan berjenaka tetapi tidaklah sehingga menipu semata-mata untuk bergembira.

Islam mengkehendaki umatnya sedaya upaya menjauhi sifat suka menipu dan berkata dusta. Maka tentu sekali mendedikasikan suatu hari semata-mata untuk meraikan amalan menipu atau membudayakan penipuan adalah sangat bertentangan dengan kehendak Islam.


Di dunia ini, setiap manusia yang sihat akalnya pasti akan lebih menyukai kejujuran daripada perbuatan menipu. Islam merupakan agama yang meraikan fitrah yang baik. Jom kembali kepada Islam.

Wallahu'alam.