Pages

Monday, October 17, 2011

Setahun Berlalu

Assalamualaikum

Setahun telah berlalu selepas majlis konvokesyen yang ke-10 UTP iaitu Majlis Konvokesyen untuk aku. Maka hari ini genaplah setahun selepas konvo. Dalam masa setahun ni juga la blog ini tidak terupdate dan sebagainya.

Jadi, bagi mengelakkan banyak sarang labah labah, dengan ini pos ini adalah permulaan baru selepas setahun tidak menulis.

Adios.


Thursday, October 28, 2010

Convocation

Assalamualaikum, Selamat Sejahtera semua...


Lama tak mengupdate blog ini. Maklomla kat umah mane ade internet. Kali ni nak cite pasal konvo. My Convocation. Akhirnya setelah 5 tahun di UTP, 1 tahun foundation dan 4 tahun Undegraduate, maka pada 17-10-10 terciptalah satu sejarah bagi diri aku dan kawan2 di UTP. Majlis Konvokesyen UTP yg ke 10 telah berlangsung dengan jayanya.

Terima kasih tak terhingga diucapkan kepada

  • My parents yg banyak memberi nasehat dan dorongan untuk melihat anak lelakinya berjaya.
  • Kawan2 di UTP sejak dari foundation sampai la abis degree dan kawan2 yg lain
  • My sponsor (PETRONAS) yg telah bagi duit utk belajar. (pasni sila panggil saya masok kerja pulak eh)
  • My Lecturers yg dari foundation sampai final sem undergrad
  • My FYP supervisor AP Dr. Patthi Hussain and his sidekick, Pak Hudiyo yg bnyk tolong untuk siapkan FYP.
  • Dan kepada UTP yg telah menyediakan kemudahan kelas pertama untuk aku belajar.
  • Dan kepada sesiapa yang terlibat secara langsung atau tidak.
Terima kasih bnyk2 diucapkan. Jasa kalian semua tidak akan dilupakan.

Dengan ini, aku bukan lagi bergelar pelajar, dan status sekarang adalah fresh graduate dan masih lagi jobless. hehehe... InsyaAllah ada rezeki la lps ni.

Terima kasih kepada my family (My Parents, Kak Ila & Family, Pok Su & family, Granpa & Grandma) yg ramai2 datang semata mata nak memeriahkan my convocation.

Kepada kawan2, aku ucapkan selamat berkerjaya dan harap persahabatan terus kekal untuk selama lamanya.


My Parents



Family yg datang



Me on the stage


The gangs


Gangs with Tn. Hj Mohamed Noor Rosli yg baek


Me & Tn. Hj. Mohamed Noor Rosli yg baek hati




mungkin konvo kali ini adalah
kali terakhir aku menjejakkan kaki di UTP.
Sesungguhnya 5 tahun di UTP adalah amat menggembirakan
disamping teman2 dan sahabat2 sekalian
Semoga berjaya untuk semua


Monday, September 20, 2010

Bersyukur...

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua...


Rakyat Malaysia baru je menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 53 pada 31 Og0s yg lepas. Kemudian umat Islam pula menyambut 1 Syawal pada 10/09 lepas. Kemudian di ikuti sambutan hari Malaysia Pada 16/09.

Kita beruntung menjadi Rakyat Malaysia... Tak gitu kawan2. Beruntung?? pandai2 la pikir sendiri. Kita patut bersyukur dengan nikmat keamanan dan kehidupan yg telah diberi oleh maha pencipta dan jangan sesekali kita melupakan Nya.


Ni ade nukilan sekadar untuk renungan bersama...


Wahai sahabatku, seandainya dirimu masih mampu tinggal di rumah yang baik dan selamat, memiliki makanan yang cukup dan dapat membaca dan menulis, anda termasuk kelompok yang terpilih.

Andainya sahabatku bangun pagi ini dan merasa sihat walafiat, itu petanda anda lebih beruntung dari jutaan orang yang mungkin ajalnya tiba pada setiap detik, jam, hari, minggu dan bulan.

Jika sahabatku tidak pernah merasakan detik cemas bahaya perang, letupan bom, kesepian di penjara, kesakitan akibat di seksa atau kebuluran, ketahuilah anda berada beberapa langkah di hadapan lebih maju berbanding berjuat-juta orang di dunia yang hidup merana akibat jenayah perang dan persengketaan.

Seandainya sahabatku memiliki makanan di dalam peti sejuk, baju-baju digantung di dalam almari pakaian dan memiliki atap yang memayungi tempat berethat, anda dikira lebih kaya dari berjuta-juta penduduk planet bumi ini yang tidak berumah, merempat, bergelandangan dan orang pelarian.

Sahabatku, jika anda memiliki wang simpanan di bank, dalam dompet dan mampu menikmati pelbagai hidangan menu kegemarandi restoran, anda termasuk dalam golongan manusia kaya di dunia. Sebab, ramai lagi manusia yang kelaparan, kebuluruan, meminta-minta makanan dari orang lain.

Sahabatku, jika orang tua anda masih hidup, dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga, maka anda termasuk insan luar biasa kerana ramai lagi keluarga yang bercerai-berai, pasangan ditinggalkan, isteri dan anak menjadi mangsa penderaan dan anak-anak yatim piatu.

Sahabatku, jika anda masih lagi mampu mengangkat kepala dan melemparkan senyumandi bibir, ketahuilah bahawa anda manusia yang paling bertuah di muka bumi ini keranan merasai kegembiraan dan kebahagiaan hidup sejati. Sebahagian besar orang lain di luar sana ramai yang hidup berduka nestapa.

Aduhai sabahatku, jika anda terbaca pesanan ini, ketahuilah bahawa anda insane paling berntung jika dibandingkan jutaan manusia yang masih buta huruf dan tidak tahu membaca dan menulis.

Sahabatku, nikmati hari-hari yang indah ini di bawah sinaan matahari atau malam dilimpahi cahaya sang remblansambil menghitung dan bersyukur kepada Allahdi atas segala kurniaan dan nikmat-Nya sejak kita dilahirkan ibu sehingga menginjak usia dewasa.


Friday, September 3, 2010

Salam Aidilfitri 1431H

Assalamualaikum wbt...

Sedar tak sedar, Ramadhan hampir meniinggalkan kita. Mungkin esok atau lusa umat Syawal akan menjelma. Sekejap sunggh dirasakan bulan Ramadhan kali ini. Semoga kita semua berpeluang bertemu dengan bulan ramadhan tahun hadapan. InsyaAllah.


Kali ini, Ramadhan disambut sepenuhnya bersama keluarga tersayang. Berbanding 7 tahun yg sudah disambut bersama teman2. Tapi, matlamat ramadhan tetap sama, mendidik jiwa agak bersabar dan mengerti erti sebenar bersyukur.


Dengan ini, saya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Maklumlah, manusia tidak lari dari melakukan kesilapan.


Salam Aidilfitri buat semua. Semoga berbahagia disamping keluarga tersayang.

Saturday, August 21, 2010

Senyum Pisang 1

Sekadar untuk bacaan...

Beberapa tahun lepas Ramli berjumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak tiri Ramli. Selepas itu, bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah. ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya.


Jadi ayah Ramli, Jamrud adalah anak tiri Ramli dan menjadikan Ramlah sebagai mak mertua kepada bapak mertuanya.


Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan anak lelaki bernama Jarul. Jadi Jarul adalah adik kepada Ramli.

Tetapi, jarul adalah anak kepada Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri ramli, Ramlah. Sekali gus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya.


Itu tak seberapa lagi...


Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri Ramli dan juga dan juga mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee.


Jadi ayah Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli.


Sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli, ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...

Muahahahaha........


Pening2....


Moral of the story,
jangan la kahwin macam dalam cite ni
tak keruan jadinya....



Wednesday, August 11, 2010

Ramadhan Ini

Assalamualaikum wbt...

Ramadhan datang lagi. Semoga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah kepada kita umat Islam.

Firman Allah swt;

“ Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semoga kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa. “

(Al-Baqarah: 183)


Ramadhan kali ini tidak lagi seperti 5 tahun yang sudah, kalau dahulu sahur dan berbuka bersama teman-teman seperjuangan, kali ini bersama keluarga tersayang.Terawih bersama di masjid UTP nan indah. Semua itu adalah kenangan yg indah bersama teman2 sekalian.

Tahun ini mungin rezeki kita untuk berpuasa, berbuka puasa, sembahyang terawih dan bersahur bersama keluarga tersayang. sudah sekian lama menyambut ramadhan di negeri org, sungguh indahnya menyambut ramadhan di negeri sendiri, kampung halaman sendiri. Semoga tahun ni dapat la puasa penuh di kampung bersama keluarga tersayang.

Kepada teman2 sekalian, selamat menyambut Ramadhan Al-Mubarak, semoga Ramadhan kali ini membawa seribu barakah kepada kita semua. InsyaAllah.



Rindu pula mase pose kat UTP
sahur same same...petang2 gi bazar
bukak pose same2, gi terawih sama sama
tak gi terawih pon same same...
Semoga kalian pose penuh dan terawih penuh tahun ni.





Saturday, July 17, 2010

Graduated

Salam...

Akhirnya setelah 5 tahun di UTP ( 1 year foundation + 4 years Degree) dengan ini aku dah officially graduated. Semalam result last semester sudah keluar. Alhamdulillah... Berjaya juga grad.

Tahniah kepada semua kawan2.