Pages

Monday, September 20, 2010

Bersyukur...

Assalamualaikum & Selamat sejahtera semua...


Rakyat Malaysia baru je menyambut Hari Kemerdekaan yg ke 53 pada 31 Og0s yg lepas. Kemudian umat Islam pula menyambut 1 Syawal pada 10/09 lepas. Kemudian di ikuti sambutan hari Malaysia Pada 16/09.

Kita beruntung menjadi Rakyat Malaysia... Tak gitu kawan2. Beruntung?? pandai2 la pikir sendiri. Kita patut bersyukur dengan nikmat keamanan dan kehidupan yg telah diberi oleh maha pencipta dan jangan sesekali kita melupakan Nya.


Ni ade nukilan sekadar untuk renungan bersama...


Wahai sahabatku, seandainya dirimu masih mampu tinggal di rumah yang baik dan selamat, memiliki makanan yang cukup dan dapat membaca dan menulis, anda termasuk kelompok yang terpilih.

Andainya sahabatku bangun pagi ini dan merasa sihat walafiat, itu petanda anda lebih beruntung dari jutaan orang yang mungkin ajalnya tiba pada setiap detik, jam, hari, minggu dan bulan.

Jika sahabatku tidak pernah merasakan detik cemas bahaya perang, letupan bom, kesepian di penjara, kesakitan akibat di seksa atau kebuluran, ketahuilah anda berada beberapa langkah di hadapan lebih maju berbanding berjuat-juta orang di dunia yang hidup merana akibat jenayah perang dan persengketaan.

Seandainya sahabatku memiliki makanan di dalam peti sejuk, baju-baju digantung di dalam almari pakaian dan memiliki atap yang memayungi tempat berethat, anda dikira lebih kaya dari berjuta-juta penduduk planet bumi ini yang tidak berumah, merempat, bergelandangan dan orang pelarian.

Sahabatku, jika anda memiliki wang simpanan di bank, dalam dompet dan mampu menikmati pelbagai hidangan menu kegemarandi restoran, anda termasuk dalam golongan manusia kaya di dunia. Sebab, ramai lagi manusia yang kelaparan, kebuluruan, meminta-minta makanan dari orang lain.

Sahabatku, jika orang tua anda masih hidup, dan menikmati kebahagiaan hidup berkeluarga, maka anda termasuk insan luar biasa kerana ramai lagi keluarga yang bercerai-berai, pasangan ditinggalkan, isteri dan anak menjadi mangsa penderaan dan anak-anak yatim piatu.

Sahabatku, jika anda masih lagi mampu mengangkat kepala dan melemparkan senyumandi bibir, ketahuilah bahawa anda manusia yang paling bertuah di muka bumi ini keranan merasai kegembiraan dan kebahagiaan hidup sejati. Sebahagian besar orang lain di luar sana ramai yang hidup berduka nestapa.

Aduhai sabahatku, jika anda terbaca pesanan ini, ketahuilah bahawa anda insane paling berntung jika dibandingkan jutaan manusia yang masih buta huruf dan tidak tahu membaca dan menulis.

Sahabatku, nikmati hari-hari yang indah ini di bawah sinaan matahari atau malam dilimpahi cahaya sang remblansambil menghitung dan bersyukur kepada Allahdi atas segala kurniaan dan nikmat-Nya sejak kita dilahirkan ibu sehingga menginjak usia dewasa.


0 comments:

Post a Comment