Pages

Wednesday, November 4, 2009

Memorable Moment (PCS 23)

Salam...

Sudah lama tidak mengupdate blog ini... Dek kerana kesibukan, tidak sempat untuk mengupdate blog ini. Semakin ke penghujung semester, semakin bnyk tanggungajwab dan tugas untuk diselesaikan sebelum semester July 09 melabuhkan tirainya. Saya pasti semua kawan2 sibuk dgn presentation, assignment dan projek yg hendak dihantar. Tak kira la samada anda Mechanical, Chemical, Civil, Electrical Electronic, IT dan IS, masing2 mempunyai tanggung jawab untuk diselesaikan.

Berbalik kepada tajuk post saya kali ni "Memorable Moment". Saya cuma hendak mengucapkan Jutaan terima kasih kepada lecturer PCS semester ni, Tuan haji Mohamed Noor Rosli Baharom, Director Student Support Services Department. Peranan beliau bukan sekadar hanya seorang lecturer, tapi lebih juga kepada seorang bapa yg kasih terhadap anak2 nya. Sepanjang menghadiri kelas PCS semester ni, tak terdetik sedikit pon nak ponteng kelas. kalau ponteng kelas rase macam satu kerugian yg besar. Mungkin kerana dek kebaikan dan sifat kebapaan yang tggi membuat kami sekelas berasa selesa dalam kelas. setiap kali kelas, mesti ade sedikit selingan berbentuk nasihat kepada kami supaya berusaha menjadi yg terbaik.

ucapan terakhir beliau

Semalam, 3/11/2009 adalah kelas terakhir bagi PCS untuk semester ni. kami sekelas berasa agak sedih dan ada yg hampir nangis (ade ke?). tapi ade yg mengatakan bahawa Tn. Hj Md Noor Rosli sudah merah mata. Sungguh kami tak sangka begitu besar impak kelas PCS ni kepada beliau dan kepada kami.



Ape yg nak saya kongsikan disini adalah nasihat terkahir beliau sebelum berakhirnya kelas semalam. Beliau berpesan supaya sentiasa berusaha menjadi yang terbaik dan tidak lupa dimana asal usul kita. dan dalam hidup ini kita mesti ada perancangan supaya apa yg kita impikan berada dalam landasan yg betul. harapan beliau supaya kita menjadi insan terbaik dan berjaya dalam hidup dunia dan akirat.

Thank you Tn. Hj. Mohd Noor Rosli for the memorable and wonderful moment for this semester. We are gonna miss u and PCS class. Jasa dan budi baik Beliau hanya Allah saja dapat membalasnya.


The one and only Tn. Hj. Mohamed Noor Rosli baharom

0 comments:

Post a Comment