Pages

Sunday, January 31, 2010

Mohd Jeffri Mat Amin



Wishing you Happy 23rd Birthday on 31st January... Semoga di panjangkan umur dan di murahkan rezki. Kurangkan kontroversi tingkatkan prestasi. All the best for you my pren!!!


Monday, January 25, 2010

The Adventure of Final Semester Begins

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera Semua...

Pejam celik pejam celik dah masuk Final Sem dah. Boleh dikatakan antara yang paling tua kat UTP ni. 5 Tahun kat UTP ni macam tak rase ape2 pon. Kalau nak diikutkan 5 tahun tu satu jangka masa yg agak lama. ermmm... macam tak caye je. Tempoh masa 5 tahun ni sepatutnya sudah mampu untuk menjadikan kita manusia yg berfikiran matang. Tapi sudah matangkah pemikiran kita semua?? Sama sama kita fikirkan.

Untuk final semester ni cuma 15 jam kredit je. Ni la semester yg paling sikit jam kredit sepanjang 5 tahun kat UTP. Subjek yg diambil sem ni:

1) Facilities Engineering, Transport and Storage (3 credit Hours)
2) Drilling and Production Technology (3 Credit Hours)
3) Operations Management (3 Credit Hours)
4) Engineers in Society (2 Credit Hours)
5) Final Year Project II (4 Credit Hours)

Setelah bersekang mata menyusun jadual untuk sem ni, maka hasilnya:


Boleh la tahan jadual untuk final sem ni. setiap semester di mulakan dengan azam untuk mempertingkatkan prestasi supaya lebih baik dari semester yg sebelumnya. Tapi semua itu bergantung kepada usaha masing2. Setiap yg berusaha pasti akan mendapat ganjaran dari Allah.

Selamat berjuang kepada rakan rakan sekalian, semoga semester terakhir ni menjadi semester yg paling bermakna dan paling sukses. Anggaplah segala bentuk halangan ( contohnya FYP) adalah cabaran untuk menjadikan kita pelajar dan juga manusia yg berjaya. InsyaAllah...

Wallahuaklam.

Sunday, January 24, 2010

Seminar Dinamika Dakwah Mahasiswa





Assalamualaikum...

Semalam, 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 H telah berlangsung satu Seminar Comparative Religion atau Seminar perbandingan agama yg bertempat di Undercroft Universiti Teknologi PETRONAS. Pihak penganjur telah menjemput 2 orang penceramah yg tidak asing lagi dalam bidang perbandingan agama iaitu ustaz Lim Jooi Soon dan Ustaz Mohamed Amin Yaakob.

Seramai 200 org termasuk saya dan beberapa org rakan2 lain telah menghadiri seminar ini yg bermula dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Seminar ini turut dihadiri oleh mahasiswa dari Institusi pengajian tinggi sekitar negeri perak seperti UiTM Seri Iskandar dan Politeknik Ungku Omar.

Sesi pertama Seminar dimulakan dengan tajuk kepentingan perbandingan agama yg disampaikan oleh Ustaz Lim Jooi Soon dan diteruskan dengan sesi kedua dan ketiga yg disampa oleh ustaz mohamed Amin Yaakob yg bertajuk Sejarah perkembangan agama Kristian dan Asas kepercayaan agama Kristian. Sesi terakhir yg berlangsung pada waktu petangnya pula diteruskan oleh ustaz Lim Jooi soon yang menerangkan tentang salahtanggapan orang bukan Islam terhadap agama Islam.

Secara keseluruhannya, Seminar ini merupakan satu platform kepada mahasiswa untuk memahami agama lain dan seterusnya mdapat membantu mahasiswa dalam meneruskan dakwah Islam dengan cara yg betul dan bijaksana.

Saya berpendapat seminar yg dinajurkan oleh Islamica Resource Centre dengan Rakan Masjid UTP ini sangat berguna dan patut lagi diadakan pada masa hadapan. Ini penting kerana situasi sekarang yg menuntut kita untk memahami agama lain demi menegakkan Agama Islam yang Syumul.

Sekali lagi terima kasih dan tahniah kepada penganjur SEMINAR DINAMIKA DAKWAH MAHASISWA.


Wallahuaklam...

Friday, January 15, 2010

Overview for the First Week in UTP

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua...

Lamanya tak update blog ni. Walhal kemudahan internet ade. Malas pulak rase nak mengupdate. Semester Jan 2010 bermula 25 januari ni. dah tak lama dah seminggu je lagi pastu bermula la episod akhir sepanjang 5 tahun di UTP terchenta ini.

Aku dah ade kat UTP ni sejak 7hb1 lagi. Niat di hati tu nak buat FYP sikit sikit. tak pe la sikit pon. janji ade progress kan. 4 hari pertama tu tak de progress pon. asyik dok surf internet. hari ke 5 tu baru ade progress. hehehe... dah start beli material dan masok lab dah!!! tapi still ade problem dgn fyp nih... tak pe, nanti bincang dgn SV.

Dah ramai member2 1 batch yg dah ade kat UTP ni. "Awal balik UTP, bile sampai?" itu ade lah ayat biase yg aku tnya bile jumpe member2 yg baru sampai. Mostly jawapan yg diorang bagi "Baru je sampai, nak buat FYP sikit2". Tahniah dan syabas kepada sahabat2 sekalian kerana semangat juang yang tinggi untuk menyiapkan FYP. Walaupun orang kata, "Bajet datang awal nak buat FYP la tu". Ape yg penting biarpun main2 je lebih tapi progress FYP ada. lebih baik dari tak ade progress langsung.

Apa apa pon, sama2 la kita muhasabah diri dgn niat dan tujuan kita di UTP ni. Enjoy2 jg, tanggungjawab terhadap Allah jangan dilupakan.

Wallahuaklam...

Sunday, January 3, 2010

Happy New Year 2010


Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Kalau 2 minggu lepas kita sesama meraikan kedatangan Tahun Baru Hijriah 1431 dengan penuh keazaman dan ketaqwaan kepada Allah S.W.T...Semoga dengan kehadiran tahun baru hijrah itu akan menjadikan kita seorang Hamba yang patuh kepadaNya.Segala kehidupan kita hendaklah berlandaskan Al-Quran & As-Sunnah...Insyaallah...Moga-moga harapan , impian dan hajat kita akan di makbulkanNya...Aminn...

Tepat jam 12 Tengah Malam 01-01-2010 menandakan yang tahun 2009 akan berakhir dan 2010 menjelma...Bagi saya 2009 pastinya banyak perkara yang berlaku dalam hidup ini..Yang berlalu biarkan berlalu..kita teruskan kehidupan kita di tahun 2010 ini dengan penuh semangat dan azam baru dalam mempertingkatkan mutu diri kita...

Apa yang baik itu kita jadikan teladan dan apa yang buruk itu kita jadikan sempadan untuk kita...Marilah kita sama-sama manafatkan sisa-sisa hidup kita ni benar-benar bertaqwa menju kejalanNya...Dan semoga Allah memberi ganjaran yang besar kepada kita di atas keikhlasan bagi setiap perkara yang kita lakukan..

Jadikanlah kegagalan semalam sebagai pendorong untuk kita namun jangan jadikan kejayaaan semalam sebagai kemegahan untuk kita..rendahkan diri kita serendah-rendah rumput di bumi...

Wallahuaklam...

Taken from: http://qatrunnada14.blogspot.com/