Pages

Sunday, January 24, 2010

Seminar Dinamika Dakwah Mahasiswa





Assalamualaikum...

Semalam, 23 Januari 2010 bersamaan 7 Safar 1431 H telah berlangsung satu Seminar Comparative Religion atau Seminar perbandingan agama yg bertempat di Undercroft Universiti Teknologi PETRONAS. Pihak penganjur telah menjemput 2 orang penceramah yg tidak asing lagi dalam bidang perbandingan agama iaitu ustaz Lim Jooi Soon dan Ustaz Mohamed Amin Yaakob.

Seramai 200 org termasuk saya dan beberapa org rakan2 lain telah menghadiri seminar ini yg bermula dari pukul 9 pagi sampai 5 petang. Seminar ini turut dihadiri oleh mahasiswa dari Institusi pengajian tinggi sekitar negeri perak seperti UiTM Seri Iskandar dan Politeknik Ungku Omar.

Sesi pertama Seminar dimulakan dengan tajuk kepentingan perbandingan agama yg disampaikan oleh Ustaz Lim Jooi Soon dan diteruskan dengan sesi kedua dan ketiga yg disampa oleh ustaz mohamed Amin Yaakob yg bertajuk Sejarah perkembangan agama Kristian dan Asas kepercayaan agama Kristian. Sesi terakhir yg berlangsung pada waktu petangnya pula diteruskan oleh ustaz Lim Jooi soon yang menerangkan tentang salahtanggapan orang bukan Islam terhadap agama Islam.

Secara keseluruhannya, Seminar ini merupakan satu platform kepada mahasiswa untuk memahami agama lain dan seterusnya mdapat membantu mahasiswa dalam meneruskan dakwah Islam dengan cara yg betul dan bijaksana.

Saya berpendapat seminar yg dinajurkan oleh Islamica Resource Centre dengan Rakan Masjid UTP ini sangat berguna dan patut lagi diadakan pada masa hadapan. Ini penting kerana situasi sekarang yg menuntut kita untk memahami agama lain demi menegakkan Agama Islam yang Syumul.

Sekali lagi terima kasih dan tahniah kepada penganjur SEMINAR DINAMIKA DAKWAH MAHASISWA.


Wallahuaklam...

0 comments:

Post a Comment